CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

28.4.09

Vanda seakan mengerti rungutanku




Wahhh...kali ini bertambah bilangan bunganya... hehe


Mungkin rasa tercabar bila saya asyik merungut2 dalam entri sebelum ini tentang sikitnya bilangan orkidnya yang keluar.


Vanda ini memang cantik, berbunga besar dan ada harumannya lagi...


yang membuat hati mendesak


ingin sering2 keluar menjengah



dan cuba buat-buat sibuk


untuk sentiasa lalu-lalang


di sekitarnya....
:)

26.4.09

Anosmum di dalam pasu

Kalau dalam entri sebelum ini saya memperlihatkan gambar orkid anosmum yang melekat di kayu, kali ini dimuatkan gambar anosmum dalam pasu pula.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ada beberapa perbezaan corak pertumbuhan antara kedua-duanya termasuklah:


Bagi orkid di dalam pasu....
  • senang untuk ditabur baja2 yang selain dari baja semburan. Ini termasuklah baja organik kambing, nugget kelawar dan membaja menggunakan kerang. Kesemua baja ini tetap berada di tempatnya dan menyuburkan pokok secara perlahan2.
  • pokok orkid mendapat supplement tambahan dari manafaat medium arang dan batu-bata di dalam pasu.
  • pasu2 senang nak dialih-alihkan dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut kesesuaian.
  • senang untuk diselenggarakan dari masa ke semasa... contohnya senang untuk menukar arang dan batu-bata yang baru bila yang asalnya dah hancur/lama sangat.

Manakala bagi orkid yang hanya dilekatkan di kayu....

  • memerlukan effort yang lebih melalui penyiraman baja yang berkala untuk pastikan pokoknya subur dan mampu produce bunga.
  • bukan semua tempat sesuai untuk digantungkan orkid di keratan kayu.
  • sesetengah kayu mudah reput dan kena di over-haul balik yang pastinya menggugat pertumbuhan orkid yang tengah hidup subur.

Itu le serba sedikit info penanaman orkid yang menggunakan ke dua-dua medium ini.

Walau apa2 pun, orkid yang melekat di kayu
tetap menjadi pujaan hatiku....hehehe

kerana yang berseni itu sentiasa saja
kelihatan indah di mataku... :)

23.4.09

Kenangan Terindah bertanam orkid


Ada satu gambar kenangan yang ingin dipaparkan dalam slot Kenangan Terindah ini.... Tak le terang sangat sebab snap kan gambar yang ada dalam album je masuk komputer. Ini gambar anak2 saya yang waktu itu masih dalam Tahun 3, Tahun 2 dan yang paling kecil tu baru nak masuk tadika. Semua duk tengah2 panas atas rumput carpet bergambar depan orkid mama...hehehe

Masa tu kami baru je pindah masuk(rumah lama) dan tempatnya agak panas le mula-mula tu sebab pokok2 lanskap pun baru je ditanam pemaju. Orkid2 yang berderet di belakang anaknda tu kebanyakannya baru beli je. Tu yang ajak diaorang posing depan kamera...

Ketika ini lah saya berkenalan dengan kawan2 dan jiran yang minat dengan orkid termasuklah Ain, Elizabeth, Zan, Ma, An, kak Siti, Pak Ngah, Mak Ngah, Ram, cikgu Zul, kak Yah, kak Ani, kak Yati, En Shukur dan tak lupa seorang pakcik Guard yang begitu berbudi memberi berbagai tip dan idea untuk saya berdasarkan pengalaman beliau yang berkerja di Jabatan Pertanian sebelum itu. Terimakasih semua, budimu dikenang!

Anosmum yang melekat di kayu

Teringat waktu saya kutip batu2 sungai tempohari, dalam masa tangan duk sibuk mencari2 batu yang terendam tu, terjumpa le sama kayu2 yang begitu unik bentuknya dalam sungai tu. Sekali bila diangkat... woahhh.... cantik sangat kayunya. Warna dah jadi hitam dek lama terendam dalam air. Pun begitu bila dibelek-belek, struktur kayunya masih tetap utuh dan keras.

Buktinya, bila tiba masa saya nak menggergaji kayu tersebut untuk dibahagikan kepada beberapa keratan, tersangatlah kerasnya. Walau diasah mata gergajinya beberapa kali namun, kayu itu masih tetap terasa susahnya untuk dipotong.

Sebab itulah sehingga kini orkid yang saya tampalkan di kayu-kayu tersebut masih tidak kelihatan tergugat kesuburannya. Tiada tanda2 kayu dimakan anai-anai atau bubuk. Dapat dilihat akar2 orkid mencengkam kuat liang2 dan lubang yang terdapat pada kayu. Sewaktu melekatkannya dulu saya tidak menambah sebarang medium tambahan pun untuk membantu orkid2 tersebut hidup subur. Hanya bergantung pada medium kayu asalnya sahaja.... "Pandai-pandai le ko bawak diri ya", itu sajalah pesanan penaja.... :)


Alhamdulillah.... subur pulak bila disiram dengan baja bancuhan sekali sekala....

21.4.09

Tentang rumah orkid

Dalam dua tiga menjak ni tiap kali melalui laluan di bawah rumah orkid, hati selalu beringat2 akan kemungkinan bumbung rumah orkid runtuh. Sebabnya palang-palang kayu bumbung rumah orkid banyak yang dah reput. Pendek kata menunggu masa saja.... Jadi tiap kali lalu di bawahnya mahupun di waktu2 menyiram, saya kena selalu berada dalam langkah berjaga2... hehehe

Rumah orkid dah berusia kurang lebih 6 tahun. Kayu2nya mereput lebih cepat dengan bantuan ancaman dari anai-anai dan bubuk kayu. Lebah2 juga suka membuat sarang dengan menebuk palang2 bumbung. Akibatnya banyaklah lubang yang digeriginya di sana sini. Ini semua menambahkan kredit untuk mempercepatkan rumah orkidku menyembah bumi.... :)

Bila difikirkan, silap juga tidak gunakan kayu cengal masa nak membinanya dulu. Macam pergola kami, alhamdulillah masih kekal kukuh dan elok kayunya sehingga kini. Dulu selepas kayu2 cengal untuk pergola sampai dari Raub baru terfikir, terlupa pasal kayu untuk rumah orkid.

Takpelah, tak guna dikenang2, benda dah lepas. Jadi lepas ni saya dan suami decide nak bubuh bumbung besi je... senang tak dimakan bubuk. Tapi mungkin masalah berkarat le pulak.... huuuu...

Satu hal lagi, saya takde idea camane dan di mana nak alihkan orkid butterfly saya yang kebanyakannya ditempatkan di bawah rumah orkid. Duk bertangguh nak alihkan sebab kalau nak letak bawah pergola (buat sementara), dah no entry. Kang tak boleh nak duduk berehat kat pergola le pulak takut terantuk pasu2 orkid... hehehe.. Nak letak di orkid corner dekat pintu dapur dah semak sangat. Jadi tangguh lagi proses pemindahannya. Tapi bimbang juga duk asyik tangguh2 nanti rosak semua butterfly saya dek dihempap bumbung rumah orkid.... ??#%**!!

17.4.09

Orkid kampung (2)




Dalam duk membelek2 buku pasal orkid yang saya pinjam tempohari, pandangan terhenti pada m/s 65 yang menceritakan tentang orkid yang bernama Arachnis. Ohh... rupa-rupanya orkid yang hanya diberi gelaran orkid kampung oleh saya selama ini adalah termasuk dalam jenis Arachnis...

Seronoknya dapat satu info baru... :)

Mengikut buku tersebut, dalam istilah Yunani, arachnis bermaksud labah-labah. Di Indonesia pula orkid ini dikenali dengan nama orkid kala jengking.

Orkid ini memang mudah sangat biaknya. Batang pokoknya kuat dan tinggi serta memanjang dan berkeupayaan memanjat dengan bantuan akarnya. Orkid ini yang saya letakkan di tepi pagar berdekatan dengan rumah orkid memanjat terus bermula dari pagar rumah saya hingga sekarang sampai mencecah bumbung tempat teduhan kolam ikan rumah sebelah. Jiran saya minta agar orkid yang naik sehingga ke pagar rumahnya itu jangan dipotong sebaliknya ingin sengaja membiarkan orkid itu terus meninggi untuk tujuan meredupkan kolam ikan beliau. Cantik bila dipandang dari dua-dua side samada dari rumah saya atau rumah beliau... :)


16.4.09

Orkid butterfly yang berwarna lembut (2)


O
rkid butterfly ini kembang lagi menampilkan wajahnya yang terserlah kelembutan abadi...hihi..

Macam hari tu juga(sila klik di sini untuk melihat post terdahulu tentang orkid ini) keluar bunganya tetap tak banyak. Kali ini masih dua kuntum juga. Setakat ini baru kembang sekuntum. Mungkin ia termasuk dalam phalaenopsis yang tak berapa nak keluar banyak bunga setiapkali berbunga. Atau mungkin juga yang dalam jagaan saya saja yang macam ni gayanya. Yang orang lain punya maybe keluar berkuntum-kuntum... :)... wallahu'alam...

Anyway, ini snapshot yang baru diambil sebentar tadi. Alhamdulillah kuntuman yang satu itu dah kembang sepenuhnya.



Dan ini pula gambaran kuntumannya yang baru tengah nak kembang semalam.

14.4.09

Vanda yang popular dan evergreen



"Orkid ni sejak dulu lagi popular tau!", kata seorang teman semasa saya mula2 dapat hadiah cutting orkid ini darinya. Seronok bukan main saya bila dapat 3, 4 cutting orkid yang kesemuanya jenis vanda itu... thank you my friend!

Waktu itu saya masih tinggal di rumah lama. Sementelah time2 tu baru nak berjinak2 dengan orkid. Jadi tak tau sangat lah pasal jenis2 orkid ni. So terima saja apa jua pandangan, tips maupun tunjuk-ajar dari kengkawan. Semua dirasakan amat berguna dan boleh kata semua teori pasal orkid yang kawan kasi saya cuba praktikkan semampunya.

Bila di belek2 buku berkaitan orkid selepas itu dan mendapat komen dari kawan2 lain tentang orkid tersebut, ternyata benar apa yang dikatakan oleh teman saya yang awal tadi. Memang orkid vanda ini agak popular dan familiar di kalangan penggemar orkid. Termasuk dalam orkid yang evergreen gitu... :)

10.4.09

Orkid terkini di sekitar naungan pergola

Jom tengok beberapa snapshot orkid yang kembang mekar di sekitar pergola sepanjang 2 minggu ini....

Jom cuci-cuci mata :)

8.4.09

Kiub orkid

Masa search gambar untuk dimuatkan dalam entri terbaru saya di pandangan kasih, ternampak le gambar2 orkid yang telah di'kiub'kan oleh anak-anak... diaorang yang rajin tolong editkan gambar-gambar tu...

Satu darinya, hari tu dah saya muatkan sebagai hiasan di sebelah tepi blog dan inilah yang selebihnya saya jumpa tadi. Taraaaa.....

7.4.09

Cattleya muncul lagi


Cattleya ini saya perhatikan muncul dengan warna-warna yang sedikit berbeza jika ditempatkan di kedudukan yang berlainan. Contoh salah-satu pokoknya yang saya letakkan di orchid corner berhampiran pintu dapur, bila berbunga warnanya agak pekat sedikit dan saiz bunga lebih besar. Manakala 2, 3 pasu yang ada di bawah pergola menerbitkan warna yang lebih lembut dan ada di antaranya yang bersaiz bunga agak kecil.

Sepertimana yang kembang kali ini, kedudukannya di bawah pergola nun di hujung sana(kemampuan mendapat cahaya matahari teramat kurang) menyebabkan pokoknya nampak tak berapa nak subur. Ini dapat dilihat dari daun2 orkidnya yang nampak kurus dan kecil berbanding daun pokok yang sejenis dengannya dalam pasu2 lain. 

Orkidnya pula kecil dan sekali imbas kelihatan macam saiz mini cattleya pula. Nampak sangat kurang bermaya. Sedangkan proses pembajaan dibahagi sama rata. Jadi saya pun pandai-pandailah buat kesimpulan sendiri, ini terjadi disebabkan pokoknya tidak mendapat cahaya yang secukupnya... hehe


Pokok orkid yang agak liat berbunga



Pokok2 orkid ini dah beralih tempat ntah berapa kali. Saya membelinya dari tokey nurseri di Tg. Malim satu waktu dulu. Masa tu masih tinggal di rumah lama, jadi asyik berulang ke satu dua nurseri itu saja lah samada ke sana atau ke nurseri Vani di Kuala Kubu. Itu saja choice yang ada waktu itu memandangkan kami jarang turun ke KL atau ke lain2 tempat yang jauh dari rumah.

Tapi tak tau di mana silapnya, walau telah dialih-alihkan ke kedudukan yang berbeza dan dah diikhtiarkan dengan macam2 jenis baja termasuk baja kimia warna-warni, organik kambing, organik kelawar(nugget) dan membaja dengan kerang, pun pokoknya tetap tidak berupaya keluarkan bunga. Dah bertahun-tahun... Sampai satu tahap saya rasa nak let go je orkid2 tu. Dah abih cara guna pun tak mau gak keluar bunga... rasa malas dah nak bela lagi :/


Mokara dah kembang sepenuhnya



Dengan kedudukannya yang strategik di laluan perdana itu :), makin kelihatan terserlahlah ia bila tangkai bunganya yang panjang dah kembang sepenuhnya. Jadi tunggu apa lagi.... terus saya rakamkan gambar keseluruhan orkid mokara yang dah mencapai tahap maksimum pembungaannya itu. Untuk melihat awal2 proses kembang-mekarnya sila klik di sini)

Sebenarnya pokok orkid itu saya tampalkan di kepingan papan kayu sahaja. Papan itu(segiempat tepat berukuran +- 10" x 14') dilekatkan pula ke tiang batu rumah orkid. Akarnya dah bersimpang siur dan nampak agak berserabut jadinya. Nak potong takut pokoknya terbantut pula. Jadi biarkan saja ia melekat dan memaut apa sahaja di sekelilingnya termasuk pautan pada pokok2 orkid berhampiran.


6.4.09

Orkid yang begitu rajin berbunga

Pokok bagi orkid cattleya ini saya dah splitkan ia kepada 2, 3 pasu bila hari tu tengok pasunya dah jadi tersangat penuh dan sarat. Bila dah terkeluar bergayut2 hingga ke luar pasu, kena la potong dan masuk pasu lain. Dari 2, 3 pasu ni lah asyik keluar je orkid cattleya ini. Tak putus2. Sah le memang jenis mudah keluar bunga...hehe

Yang ini pula (rasa saya jenis vanda, tak tau le betul tidak), pun selalu mewarnai ruang tepi pergola. Habis je bunga, keluar putik bunga baru lagi. Subur le tu. Rasa saya sebab ia dapat zat tambahan dari dahan pokok bunga kertas yang menjadi tempat tumpangan. Orkid yang ini memang menarik perhatian dengan kombinasi kaler orennya yang terang lagi ceria.


Orkid butterfly ni pula antara yang selalu ada bawah rumah orkid. Walau yang lain dah habis luruh pun, ia sentiasa ada samada yang tengah kembang atau yang baru nak keluar buds.


Selain butterfly yang putih tu, yang ini juga paling kerap berbunga berbanding phalaenopsis yang lainnya.


Orkid kampung ni biasa le, bagaikan kupu2 yang hinggap di rumpunan orkid di tepi2 pagar.


Anosmum ini pula, memang boleh dikatakan selalu lah ada sebab pokoknya ada di beberapa tempat. Jadi tidak lah saya tertunggu-tunggu akan kehadirannya hanya dari satu rumpunan pokok sahaja.

4.4.09

Di luar orkid di dalam rumah pun orkid

"Wah, dalam rumah pun ada orkid jugak ya....", tegur seorang rakan yang bertandang ke rumah baru-baru ini. Mata beliau terus terpandangkan orkid yang saya letakkan di meja kopi dekat 2nd living.
"Amboi! Dalam bilik air pun ada jugak!, teriak beliau sebaik sahaja keluar dari bilik air utama bersebelahan ruang tamu.

"Hmm....Bese la tu....hehe", balas saya sambil tersenyum simpul :)

Orkid2 tiruan yang nampak real tu saya beli di kedai bunga dekat2 sini je. Masa jalan2 di sepanjang deretan kedai selepas singgah di kedai Seri untuk beli makanan ikan puyu yang 4 ekor tu, masuk la pula ke kedai bunga yang selang dua pintu dari sana. Nampak le berbagai jenis bunga2 hiasan yang dah dideco cantik. So dalam duk cuci2 mata tu, ter 'jatuh hati' le dekat satu gubahan orkid yang akhirnya selamat sudah berpindah ke rumah saya. :)