CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

9.2.09

Orkid butterfly lagi

Seperti biasa, orkid butterly sentiasa mewarnai rumah orkid. Satu di antaranya adalah yang berwarna agak lembut dengan kata lain 'agak dull' sedikit kalernya. Kurang menyerlah gitu...

Namun semua orkid punya keistimewaan tersendiri. Begitu jua dengan phalaenopsis yang ini. Ia memiliki corak bunga yang berjalur2 dengan warna purple yang nipis, berlatarbelakang kan warna putih cream kekuningan. Lama-kelamaan warna orkid yang kekuningan bertukar jadi makin memutih.

Disebabkan pokoknya tidak begitu matang malah masih baru belajar berbunga maka ianya hanya mampu
produce 3 - 4 kuntum orkid sahaja dari satu tangkainya. Tidak seperti sesetengah phalaenopsis lain yang purata boleh memuatkan sehingga 9 -10 kuntum orkid kesemuanya dari satu tangkai yang panjang.

0 comments: