CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

11.1.09

Orkid kuning menyambut tetamu

Orkid yang ini saya tidak tanam dalam satu pasu khusus tapi sebaliknya memacakkannya bersama dengan beberapa pokok orkid lain dalam satu pasu besar di muka pintu rumah orkid. Dengan kepanasan matahari yang direct di situ, pokok orkid itu nampaknya serasi dan kekadang berbunga. Tapi saya tak pasti ianya dalam kumpulan spesis mana. Apapun, bunganya cantik berwarna kuning keemasan ditambah dengan ada 'dot dot' merah pula pada sebahagian kelopak bunganya. Bilamana bergabung dengan orkid2 lain yang kebetulan berbunga dalam pasu yang sama, maka keserian makin terserlah sebagai fungsi penyambut tetamu di rumah orkid.