CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

4.1.09

Bagaimana saya membaja orkid?


Saya telah cuba beberapa cara dalam membaja orkid di rumah. Tidaklah hanya terhad kepada baja semburan kimia dari bancuhan air dengan bahan semacam garam(biasanya hijau dan merah jambu) sahaja. Kadang-kala saya letakkan baja organik tahi kambing selang-selikan dengan nugget buangan kelawar ke dalam pasu-pasu orkid setiap sebulan/2 bulan sekali.

Semasa berjiran dengan Ain dari Johor dulu, beliau berkongsi tips dari emak saudaranya di kampung yang membaja orkid menggunakan kerang. Saya pun apa lagi, terus buat eksperimen orkid dengan kerang pula. Hasilnya orkid jadi makin subur tapi kenalah tahan baunya selama beberapa hari selepas diletak baja kerang.

Terbaru, jiran sebelah rumah syorkan membaja dengan semburan dari cecair HB-101 yang hanya perlu dicampur air dengan nisbah 1 : 100 (10ml baja dengan 1 liter air). Kelebihan selepas menggunakan kaedah terbaru ini:
  • warna bunga jadi lebih terang dan kembang mekar
  • masalah serangga dapat dikurangkan
  • kesegaran bunga bertahan lebih lama
  • saiz bunga nampak lebih besar

    6 comments:

    School Of Tots said...

    Betul tu, membela okid kena ada teknik yg betul, kena cara membaja, baru berbunga.

    Imran Yusuf said...

    Assalamu'alaikum Sdr FZI,

    Syabas!

    Cantiknya gambar-gambar orkid tidak terperi,

    Bila melihatnya terasa gembira senangnya hati,

    Teruskanlah membuat entri,

    Usah jemu, kalau dapat biarlah setiap hari.

    Sayanghasni @ Yus said...

    tq coz laman yus. wah akak ni mesti dah lama bela orkid2 tu. dah banyak jenis dan cantik2 lak tu. bela orkid ni kena banyak sabar, tunggu bertahun jugak nak tengok hasilnyer. yus guna semburan hb jer. berkesan dan murah. rajin2 singgah tempat yus yer.

    Sha@Mama Tina said...

    oo..suka dengan entri ni..bg firstimer mcm saya memang perlukan info2 penting ni..

    hmmm...senangnya hati tengok orkid akak!

    Anonymous said...

    Asalamualaikum! saya ingin nak tau macamana membaja orkid menggunakan kerang sbb saya baru saja berjinak2 dgn orkid nie.. nak cuba pulak sebab saya minat sgt melihat orkid tuan/puan nie..
    saya nak mecuba maklumat2 di blog nie..
    t kasih
    Hjh Liza

    MillFa Wild Orchid said...

    salam baja cecair HB-101 tue cam mane rupa nya... bleh x klu postkan picture sekali..