CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

19.1.09

Orkid merah menggamit mesra


Warna orkid yang merah ini jika dipandang dari jauh lagi sudah menarik perhatian orang yang lalu lalang di depan rumah. Attract attention gitu...hehehe..

Saya hanya menampalkan pokoknya di keratan batang kayu ciku yang di kutip dari dahan2 pokok ciku yang ditebang orang. Dengar cerita, kayu dari pokok ciku dan manggis amat baik untuk orkid. Kawan yang syorkan pakai kedua2 jenis kayu tu.  Katanya sesuai untuk orkid sebab ianya keras dan tak mudah dimakan bubuk/anai-anai. 

Kayu ciku misalnya memang orang gunakan untuk buat ulu pisau/parang disebabkan ketahanannya. Jadi bila kebetulan nampak keratannya di tepi jalan, saya pun apalagi singgah le jumpa tuan rumah minta izin nak ambil sikit. Ya lah dari terbuang dan membazir je semua. 

Alhamdulillah, dah bertahun2 pokok orkid saya melekat di kayu tersebut, namun sampai hari ini ia masih kekal utuh dan tidak reput. Orkidnya pula cantik, merah menyala dan tidak jemu dipandang mata.