CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16.1.09

Orkid purple serlah kelembutan

Orkid dari spesis yang tahan panas ini senang dijaga. Sama seperti vanda lainnya, ia kerap berbunga jika mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Warnanya yang 'light purple' menyerlahkan kelembutan dan menyejukkan mata yang memandang. Itu memang colour feveret saya.... :)

Dulunya kebanyakan spesis ini saya tanam menggunakan medium habuk papan yang di tekan padat ke dalam pasu. Habuk papannya saya dapatkan dari kilang2 papan yang ada berdekatan dengan rumah pada masa itu.Tapi saya perhatikan timbul masalah bila pokok kena
hujan lebat berhari-hari, habuk papan itu jadi terlalu lembab dan akhirnya mendatangkan penyakit pula pada pokok orkid.

Tak boleh jadi ni. Lantas saya terus tukar guna arang dan batu-bata balik seperti sebelumnya. Jadi risiko nak kena penyakit kuranglah sikit.