CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

15.1.09

Orkid oh orkid





Orkid kali ini adalah dari spesis wild orchid yang macam biasa tidak lah hamba arif akan namanya..

Orkid ini dulunya saya beli dari kak Siti di Kg Jawa, Kerling yang menjual secara kecil-kecilan orkid2 yang di semai. Saya masih ingat lagi saat itu saya tertarik hati dengan cara kak Siti menanam orkid ini iaitu dengan hanya menekapkannya ke berus sabut yang dah tak diguna.

gambar dari google

Orkid diikat kemas supaya akarnya tidak terusik bila time-time siram/membaja. Kak Siti banyak recycle balik barang2 lama dan terbuang yang kemudiannya dimanafaatkan sebagai medium dalam bertanam orkid. Maknanya tidaklah terhad pada penggunaan arang dan batu-bata sahaja.

Masa tu saya dan Ain(kawan merangkap jiran) terkedu dengar kak Siti bercerita pasal orkidnya. Banyak info dan tips berguna yang kami dapat ...
tqvm kak Siti.. budimu sentiasa dalam ingatan..

Sudahnya sekarang orkid ini tumbuh subur dan membiak dengan cepat sekali. Ada ketikanya bunga yang keluar dari ruas-ruas batangnya bloom serentak dari beberapa rumpun. Ada yang saya lekatkan di batang pokok bunga kertas dan ada yang dibiarkan subur melekat di sabut2 kelapa yang saya tekapkan di tiang batu rumah orkid.

Orkidnya cantik berwarna
purple siap berbaldu(velvet) lagi. Keharumannya pula memikat dan silap hari bulan boleh meremangkan bulu roma jika keluar melintasi rumah orkid di malam hari.

Kebetulan, hanya sekuntum sahaja pengeluarannya kali ini. Bukan musimnya bloom kot, walaupun pokoknya cukup saya bajakan dengan semua jenis baja yang ada...nasib baik le tidak over-dose...alahai.. orkid oh orkid..


4 comments:

Anonymous said...

Salam. Menarik blog ni selalu update, saya ni pun peminat orkid.Orkid ni nama dia Dendrobium Anosmum Purple. Ada juga yang bunga putih.Baunya harum.Silalah lawat blog saya http://minatorkid.blogspot.com/ atau di http://www.flickr.com/photos/24801090@N07/

fzi said...

Wsalam.
Ohh timakasih 'minat orkid' gitau nama orkid tu, sekurang-kurangnya sdr tau juga nama-nama orkid. Macam saya, kebanyakannya tanam je tau, namanya ..?!/*%...hehe.. Dulu masa beli ada juga catit sikit2 tapi hilang entah ke mana catatan tu.

Dah sempat lawat blog minat orkid pagi ni. Wah,orkidnya cantik dan nampak rare. Tahniah k. Thx Wassalam.

Orkid La said...

Nama Genus bagi orkid ini adalah Dendrobium anosmum. Terdapat beberapa perbezaan warna bagi jenis ini, iaitu ada putih keseluruhan bunga dimana lebih dikenali Alba (Albino). ada yg putih kelopaknya dan dibahagian dlm kuning lebih dikenali semi Alba dan juga yg putih kelopaknya dan dibahagian dlm purple

fzi said...

Wah...banyak info pasal orkid, "orkid La" tau. Ini tentu pencinta orkid sejati...hehe
Anyway TQ