CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

14.1.09

Orkid wangi di tiang pergola


Sejak lama dulu saya mencari-cari nama bagi orkid ini. Dalam kumpulan manakah, samada vanda atau mokara? Atau mungkinkah ia tergolong dalam kategori wild orchid? Mungkin ada di antara teman2 yang tau, boleh la share info buat saya dan mana2 sahabat yang mungkin tak tau.

Orkid ini saya beli di Pameran Orkid Antarabangsa tujuh lapan tahun lepas. Beli anak pokok yang masih kecil dan mempunyai risiko samada mau hidup atau sebaliknya. Tapi syukurlah, ianya selamat dan sehingga kini sudah banyak kali berbunga.

Bunganya cantik dengan adanya spot2 putih pada latarbelakangnya yang berwarna kelabu kemerah-merahan. Mempunyai bau yang wangi adalah kelebihannya. Sejak bertahun2 saya hanya letakkan ia di tepi tiang pergola tanpa mengalih-alihkannya ke tempat lain sebab nampak ia dah serasi di sana.



4 comments:

MINAT ORKID said...

Salam. Kalau tak silap saya itu dari jenis vanda tapi tak pasti dari hybrid yang mana satu.Selalu gunakan baja apa ya.

fzi said...

Ohh..tq 'Minat Orkid'
Saya sampai hari ni tak dapat nak bezakan antara vanda dan mokara. Bagi saya kalau spesis2 camtu biasanya vanda je la..hehe

Oya..pasal bajakan orkid saya guna semua yang kawan rekemen..haha
kalau u nak tau jom tengok entri saya tajuk "Bagaimana saya membaja orkid". Thanx Wassalam

Orkid La said...

Jenis ini lebih dikenali sebagai Vanda Mimi Palmer.

fzi said...

Cantik namanya...TQ "Orkid La"
OOhh senangla nanti kalau nak tau nama2 orkid lepas ni bole le terus refer kat sifu orkid k...hehe