CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.12.08

Rumah orkid separa lindungan

Beberapa tahun berlalu. Dalam pada itu saya sudah berjaya mengumpul beberapa spesis orkid yang di beli dari masa ke semasa. Suami turut memberi sokongan moral dan budget untuk melaksanakan misi orkid saya...hehehe..

Sehinggalah kami berpindah ke mari dengan mengangkut kesemua orkid2 belaan saya termasuk pokok2 bunga hiasan lainnya.

Sebelum berpindah, kami usahakan agar rumah orkid terbina untuk menempatkan orkid-orkid saya di tempat yang selamat di bawah separa lindungan. Semasa masih di rumah lama, suami membina sendiri rumah orkid kecil dari kayu-kayu terbuang. Tapi bila dah di cat cantik dengan warna biru laut, rumah orkid hasil tangan suami saya kelihatan tegap dan reliable. Kami memasang sendiri netting hitam yang dibeli di kedai hardware sebagai bumbungnya.

Manakala rumah orkid sekarang, terbina dari 6 tiang batu yang dibangunkan kukuh tapaknya bak kata Ipin(tukang rumah kami) "Nak buat tapak rumah orkid akak ni macam nak buat tapak pondok.", kata Ipin. Ipin berjaya merealisasikan rumah orkid betul2 seperti dalam plan yang diberi dengan keluasan 16' x 6' keseluruhannya....alhamdulillah  :)