CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.12.08

Orkid jenis Mokara

Kebanyakan orkid jenis mokara dan vanda atau nama saintifiknya yang lebih khusus iaitu "vandaceous hybrids' menjadi koleksi feveret saya sejak dulu. Ini kerana kedua2 jenis ini senang dijaga dan tak banyak 'songeh.'

Serangga perosak yang menyerang pun senang dipantau kerana hanya menyerang waktu bunga tengah bloom sahaja. Saya pula tak berapa suka guna racun serangga. Dengar cerita ia boleh memudaratkan kesihatan jika kita sering terdedah pada penggunaannya. Namun, memang ada cara untuk tidak terhidu racun tersebut iaitu harus memakai mask setiapkali membuat semburan.

Orkid mokara ini saya perhatikan lebih lasak dari spesis-spesis lain yang mudah terkena jangkitan penyakit seperti butterfly dalam famili phalaenopsis, famili cattleya Hybribs dan beberapa jenis lagi. Cuma kebarangkalian daunnya untuk jadi hitam dan busuk adalah tinggi jika sering terdedah pada hujan lebat atau siraman air yang terlalu kerap.


0 comments: