CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

9.2.09

Orkid oren berkelopak keras

Orkid yang berwarna oren ini kelopak bunganya agak keras. Saya tak berapa pasti ianya dalam kumpulan orkid jenis apa, tapi ciri-cirinya lebih kepada jenis cattleya. Warna orennya ceria dengan gabungan kelopak yang berwarna kuning. Ia mampu menarik perhatian orang yang kebetulan perasan akan kehadirannya. Tapi tak dapat nak ambil gambar kuntuman orkidnya secara solo disebabkan cara keluar bunganya bloom serentak tiga serangkai. Jadi nampak padat ketiga2nya dan tak dapat nak appreciate kuntuman orkidnya secara jelas.