CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

7.2.09

Golden Shower







Sementara menanti van sekolah tiba semalam, saya ambik peluang tengok mana2 orkid yang tengah berbunga sekarang ni. Sambil layan Shilah berbual, tangan sibuk membelek2 orkid. Begitu lah selalunya. Masa 15 minit di bawah pergola itu bagaikan rutin harian yang begitu berharga bersama anaknda...hehe

Maka, terpandanglah Golden Shower dalam famili Oncidium yang ceria dengan warna kuningnya itu. Golden Shower ini rasa saya semua penggemar orkid memilikinya. Ia spesis yang easy-to-grow malah berbunganya pun tak kira masa dengan lain perkataan… ikut suka dia je…hehe.. Kat rumah kami ada 2 saiz orkid jenis ini. Kedua-duanya kawan2 lama kasi FOC. Tentunya ia mempunyai nama saintifik yang berbeza walaupun dua-dua nampak sama tapi satu besar satu kecil.

Dengan adanya Golden Shower ini, taman orkid tampak lebih berseri-seri bilamana ianya menambah warna bila berada dalam kelompok orkid2 lain yang sedang berbunga. Cantik, menceriakan dan memeriahkan suasana… begitulah yang boleh diertikan fungsinya *kesimpulan sendiri yang ori…hehe....*