CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

3.2.09

Orkid yang rajin berbunga





Baru tiga empat hari cuti dari buat entri baru dalam Seri Orkid ni, rasa rindu la pulak. Jadi, petang semalam saya ada rakamkan gambar orkid jenis vanda yang warnanya maroon pekat untuk dimuatkan dalam entri terbaru. Orkid ini nampaknya tak penat2 keluarkan bunga sepanjang tiga empat tahun kebelakangan ini. Menariknya, ia masih mampu hidup subur walaupun hanya ditanam dalam pasu yang kecil yang nyata kelihatan tidak sesuai dengan saiz pokoknya. Kekadang tu keluar 2 tangkai bunga sekaligus, yang boleh menerbitkan sehingga 20 kuntum orkid bagi setiap satu tangkai. Pokoknya yang saya gantungkan di sisi tiang rumah orkid dah semakin meninggi hingga hampir melepasi 1' dari bumbung rumah orkid. Kedudukannya pula sama paras dengan sejambak orkid liar yang saya tekapkan di tiang rumah orkid yang sebelah lagi.