CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

6.4.09

Orkid yang begitu rajin berbunga

Pokok bagi orkid cattleya ini saya dah splitkan ia kepada 2, 3 pasu bila hari tu tengok pasunya dah jadi tersangat penuh dan sarat. Bila dah terkeluar bergayut2 hingga ke luar pasu, kena la potong dan masuk pasu lain. Dari 2, 3 pasu ni lah asyik keluar je orkid cattleya ini. Tak putus2. Sah le memang jenis mudah keluar bunga...hehe

Yang ini pula (rasa saya jenis vanda, tak tau le betul tidak), pun selalu mewarnai ruang tepi pergola. Habis je bunga, keluar putik bunga baru lagi. Subur le tu. Rasa saya sebab ia dapat zat tambahan dari dahan pokok bunga kertas yang menjadi tempat tumpangan. Orkid yang ini memang menarik perhatian dengan kombinasi kaler orennya yang terang lagi ceria.


Orkid butterfly ni pula antara yang selalu ada bawah rumah orkid. Walau yang lain dah habis luruh pun, ia sentiasa ada samada yang tengah kembang atau yang baru nak keluar buds.


Selain butterfly yang putih tu, yang ini juga paling kerap berbunga berbanding phalaenopsis yang lainnya.


Orkid kampung ni biasa le, bagaikan kupu2 yang hinggap di rumpunan orkid di tepi2 pagar.


Anosmum ini pula, memang boleh dikatakan selalu lah ada sebab pokoknya ada di beberapa tempat. Jadi tidak lah saya tertunggu-tunggu akan kehadirannya hanya dari satu rumpunan pokok sahaja.

2 comments:

S@Y@NGH@SNI said...

tu tandanyer tangan akak sejuk..
tanam apa pun menjadi...
jeles i...

fzi said...

Yus..
Akak dulu pun ingat ada tangan panas ada tangan sejuk gak, sebab masa time2 mula menanam dulu banyak pokok yang KO. Tak boleh jadi ni, terus ubah teknik. Siram pokok tiap2 hari dan membaja ikut schedule. Hahh! Menjadi pulak..hehe

Kesimpulannya kena rajin siram dan bagi vitamin...gerenti idup subur... :)