CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

4.4.09

Di luar orkid di dalam rumah pun orkid

"Wah, dalam rumah pun ada orkid jugak ya....", tegur seorang rakan yang bertandang ke rumah baru-baru ini. Mata beliau terus terpandangkan orkid yang saya letakkan di meja kopi dekat 2nd living.
"Amboi! Dalam bilik air pun ada jugak!, teriak beliau sebaik sahaja keluar dari bilik air utama bersebelahan ruang tamu.

"Hmm....Bese la tu....hehe", balas saya sambil tersenyum simpul :)

Orkid2 tiruan yang nampak real tu saya beli di kedai bunga dekat2 sini je. Masa jalan2 di sepanjang deretan kedai selepas singgah di kedai Seri untuk beli makanan ikan puyu yang 4 ekor tu, masuk la pula ke kedai bunga yang selang dua pintu dari sana. Nampak le berbagai jenis bunga2 hiasan yang dah dideco cantik. So dalam duk cuci2 mata tu, ter 'jatuh hati' le dekat satu gubahan orkid yang akhirnya selamat sudah berpindah ke rumah saya. :)

2 comments:

yan said...

heheh terima kasih singgah.... saya mmg teruja tgk blog akak...... sejuk mata , tulah baru nk berjinak ni harap beri tunjuk ajar ye...

fzi said...

Thanx Yan.. nnt nak tanya apa2 boleh singgah sini atau e-mail akak di fzi.pkasih@hotmail.com
InsyaAllah sedia membantu mana2 yang tau tu...hehe