CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.3.09

Orkid kuning pucat bersaiz kecil


Anak2 masih tidur. Saya keluar ke laman sambil tangan memegang bekas berisi nasi yang lebih semalam. Niat tu nak taburkan di keliling pohon longan. Tujuannya 2 dalam 1, satu untuk suburkan pokok dan satu lagi (yang lebih utama) nak kasi makan burung-burung yang tiap hari datang bermain2 di laman.

Langkah terhenti bila mata terpandang satu spot yang menyerlahkan sepohon orkid yang bunganya berwarna kuning yang agak pucat dan bersaiz kecil. Wah tak perasan la pula saya sebelum ni dengan kehadirannya. Agaknya dah di set dalam fikiran, ia tergolong antara orkid yang tak berapa cantik. Tu yang tak beri tumpuan sangat dan tak tertunggu-tunggu pun akan kembang mekarnya. "Kesian... rupa-rupanya orkid kuningku ini telah dianak-tirikan... ohh" :)

Berhenti sekejap dari meneruskan niat yang asal tadi. Terus letakkan bekas nasi atas meja taman bawah pergola. Tangan terus membelek2 orkid yang kembang itu, duk kira-kira bunganya ada la dalam 16 kuntum kesemuanya. Walaupun berwajah agak pucat, bila dibelek2 boleh tahan juga cantiknya. Nampak manis gitu.... hehe.. Tapi jenis apa ya...? Tak tau la pulak...

Terfikir juga, semua orkid di rumahku ini nampaknya ada keistimewaan masing2. Bentuknya, warnanya... semua menyerlahkan kelainan dan punya aura yang tersendiri... Tak sepatutnya diperkecilkan kemunculannya dan dilayan berat sebelah oleh tuannya...hehe