Cattleya ini saya perhatikan muncul dengan warna-warna yang sedikit berbeza jika ditempatkan di kedudukan yang berlainan. Contoh salah-satu pokoknya yang saya letakkan di orchid corner berhampiran pintu dapur, bila berbunga warnanya agak pekat sedikit dan saiz bunga lebih besar. Manakala 2, 3 pasu yang ada di bawah pergola menerbitkan warna yang lebih lembut dan ada di antaranya yang bersaiz bunga agak kecil.
Sepertimana yang kembang kali ini, kedudukannya di bawah pergola nun di hujung sana(kemampuan mendapat cahaya matahari teramat kurang) menyebabkan pokoknya nampak tak berapa nak subur. Ini dapat dilihat dari daun2 orkidnya yang nampak kurus dan kecil berbanding daun pokok yang sejenis dengannya dalam pasu2 lain.
Orkidnya pula kecil dan sekali imbas kelihatan macam saiz mini cattleya pula. Nampak sangat kurang bermaya. Sedangkan proses pembajaan dibahagi sama rata. Jadi saya pun pandai-pandailah buat kesimpulan sendiri, ini terjadi disebabkan pokoknya tidak mendapat cahaya yang secukupnya... hehe
2 comments:
Cantiknya catt ini.
Ha'ah betul tu shida, akak pun suka sangat dengan kaler dia yang nak2 purple + plum tu.. thx shida
Post a Comment