CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

24.3.09

Mokara merah menghadang laluan



Orkid mokara ini dulunya tegak berdiri selari dengan tiang rumah orkid. Makin hari makin meninggi. Pokoknya pun dah lama, kira tergolong dalam orkid pioneer la kat rumah... :)

Tapi sejak keluar putik bunga yang terbaru ini, beberapa lilit akarnya terlepas dari terus mencengkam tiang rumah orkid. Berat sangat agaknya. Itu yang membuatkan ia terlentuk ke sebelah kiri tepi rumah orkid segaligus menghadang laluan utama kami yang keluar masuk ikut pintu dapur.

Suami ada tegur pasal ni. Yalah sebab tiap kali lalu mesti kena kepala. Tiap kali pegi dan balik keja, secara otomatik suami nampaknya kena cuba mengelak dari terlanggar mokara ini... :) Saya macam buat tak dengar je. Lagi pun dari pintu dapur nampak cantik pula mokara di tengah laluan tu... hehe.. Kalau di ikat/diubah kedudukannya, nanti tak cantik lagi...Jadi semua kena tahan je lah ya... :)


9 comments:

D'Rimba said...

Hebatnya keindahan alam semulajadi. Salam, macam mana ek nak buat latar belakang blog dengan gambar kita sendiri? Harap dapat membantu. Terima kasih.

fzi said...

Salam.

Memang indah segala yang diciptakan Allah.

Tima kasih add Seri Orkid. Dari blog D'Rimba pula kelihatannya terserlah kecintaan pada seni hiasan dalaman...tahniah! Saya pun amat berminat dalam hiasan dalaman dan seni laman.

Tentang nak edit picture tu, selalunya anak2 yang tolong editkan dekat photobucket.

Shida said...

Cantiknya mokara ni, warnanya memikat hati.

fzi said...

Thanx shida...

Dulu akak ingat orkid ni jenis vanda. Once dapat tau ianya actually Mokara, dari orang yang jual orkid dekat lake garden itu ari. Sebelum ni iya2 ingat semua yang macam2 tu 'vanda' je...hehe

Sayanghasni @ Yus said...

ni yang buat jeles nieee..
akak tau tak yus ada pokok ni. dah 3 tahun berbunga masa beli jer...

sampai sekarang tak pernah berbunga lagi...
masa tu yus mmg tak pandai lagi...
ada ler silap kat mana2
ahaks..

Orkid La said...

Mokara Chark Kuan

fzi said...

Yus... orkid akak pun ada yang memang tak pernah nak berbunga sejak tanam... dah abih ikhtiar... dah try cam2 baja tak mau juga.. :)

en shaiful... thanks kasi nama orkid tu. Banyak okid kat umah ni tuan dia tak tau nama...main tanam je :)

ZaiY said...

salam kenal fzi,
masuk blog ni rasa ceria je dgn bunga2 orkid. mesti peminat orkid ni kan. nanti bg lah tips2 mcamana nak bg tanam n bela orkid ni. mklumla bukan sng nak bela smpai keluar bunga yg cantik tu. kdg2 tu berbunga sekali je pastu terus diam membisu..p:)

fzi said...

Zaiy thanx singgah sini..

Tanam okid ni memang seronok bila time kluar bunga. Yang tak seronoknya bila ada yang langsung tak nak berbunga...liat.. walaupun taruk macam2 baja...hehe

Tips tentang okid tu, no problem. InsyaAllah boleh share apa2 info yang tau..