CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

21.4.09

Tentang rumah orkid

Dalam dua tiga menjak ni tiap kali melalui laluan di bawah rumah orkid, hati selalu beringat2 akan kemungkinan bumbung rumah orkid runtuh. Sebabnya palang-palang kayu bumbung rumah orkid banyak yang dah reput. Pendek kata menunggu masa saja.... Jadi tiap kali lalu di bawahnya mahupun di waktu2 menyiram, saya kena selalu berada dalam langkah berjaga2... hehehe

Rumah orkid dah berusia kurang lebih 6 tahun. Kayu2nya mereput lebih cepat dengan bantuan ancaman dari anai-anai dan bubuk kayu. Lebah2 juga suka membuat sarang dengan menebuk palang2 bumbung. Akibatnya banyaklah lubang yang digeriginya di sana sini. Ini semua menambahkan kredit untuk mempercepatkan rumah orkidku menyembah bumi.... :)

Bila difikirkan, silap juga tidak gunakan kayu cengal masa nak membinanya dulu. Macam pergola kami, alhamdulillah masih kekal kukuh dan elok kayunya sehingga kini. Dulu selepas kayu2 cengal untuk pergola sampai dari Raub baru terfikir, terlupa pasal kayu untuk rumah orkid.

Takpelah, tak guna dikenang2, benda dah lepas. Jadi lepas ni saya dan suami decide nak bubuh bumbung besi je... senang tak dimakan bubuk. Tapi mungkin masalah berkarat le pulak.... huuuu...

Satu hal lagi, saya takde idea camane dan di mana nak alihkan orkid butterfly saya yang kebanyakannya ditempatkan di bawah rumah orkid. Duk bertangguh nak alihkan sebab kalau nak letak bawah pergola (buat sementara), dah no entry. Kang tak boleh nak duduk berehat kat pergola le pulak takut terantuk pasu2 orkid... hehehe.. Nak letak di orkid corner dekat pintu dapur dah semak sangat. Jadi tangguh lagi proses pemindahannya. Tapi bimbang juga duk asyik tangguh2 nanti rosak semua butterfly saya dek dihempap bumbung rumah orkid.... ??#%**!!

4 comments:

Unknown said...

fzi,

Pindahkan lah cepat, sayangnya kalau patah nanti

fzi said...

Itu le... saya ni macam duk tunggu nak jadi pulak, walhal dah tau kalau roboh le 'dan dan' tu mesti rosak orkid2 tu sume... kena pindahkan a.s.a.p

Thx a lot tina...

S@Y@NGH@SNI said...

rumah orkid pun ndak mintak kayu cengal gak..
hai kak..
orang kata bila kita dah terasa tu..
kena cepat2 bertindak..
kot2 jadi yang tak diingini..
sayang ler pokok2 tu kalau rosak...
makan tahun nak tgk ia cantik..

fzi said...

hehe... betul tu yus...
bese la akak ni duk bertangguh... tambah lagi bila tengok papa dia dah tolong supportkan dengan batang2 kayu kat part part yang kritikal tu, makin le lambat akak nak bertindak... :) thx yus!