CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17.4.09

Orkid kampung (2)




Dalam duk membelek2 buku pasal orkid yang saya pinjam tempohari, pandangan terhenti pada m/s 65 yang menceritakan tentang orkid yang bernama Arachnis. Ohh... rupa-rupanya orkid yang hanya diberi gelaran orkid kampung oleh saya selama ini adalah termasuk dalam jenis Arachnis...

Seronoknya dapat satu info baru... :)

Mengikut buku tersebut, dalam istilah Yunani, arachnis bermaksud labah-labah. Di Indonesia pula orkid ini dikenali dengan nama orkid kala jengking.

Orkid ini memang mudah sangat biaknya. Batang pokoknya kuat dan tinggi serta memanjang dan berkeupayaan memanjat dengan bantuan akarnya. Orkid ini yang saya letakkan di tepi pagar berdekatan dengan rumah orkid memanjat terus bermula dari pagar rumah saya hingga sekarang sampai mencecah bumbung tempat teduhan kolam ikan rumah sebelah. Jiran saya minta agar orkid yang naik sehingga ke pagar rumahnya itu jangan dipotong sebaliknya ingin sengaja membiarkan orkid itu terus meninggi untuk tujuan meredupkan kolam ikan beliau. Cantik bila dipandang dari dua-dua side samada dari rumah saya atau rumah beliau... :)