CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

26.4.09

Anosmum di dalam pasu

Kalau dalam entri sebelum ini saya memperlihatkan gambar orkid anosmum yang melekat di kayu, kali ini dimuatkan gambar anosmum dalam pasu pula.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ada beberapa perbezaan corak pertumbuhan antara kedua-duanya termasuklah:


Bagi orkid di dalam pasu....
  • senang untuk ditabur baja2 yang selain dari baja semburan. Ini termasuklah baja organik kambing, nugget kelawar dan membaja menggunakan kerang. Kesemua baja ini tetap berada di tempatnya dan menyuburkan pokok secara perlahan2.
  • pokok orkid mendapat supplement tambahan dari manafaat medium arang dan batu-bata di dalam pasu.
  • pasu2 senang nak dialih-alihkan dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut kesesuaian.
  • senang untuk diselenggarakan dari masa ke semasa... contohnya senang untuk menukar arang dan batu-bata yang baru bila yang asalnya dah hancur/lama sangat.

Manakala bagi orkid yang hanya dilekatkan di kayu....

  • memerlukan effort yang lebih melalui penyiraman baja yang berkala untuk pastikan pokoknya subur dan mampu produce bunga.
  • bukan semua tempat sesuai untuk digantungkan orkid di keratan kayu.
  • sesetengah kayu mudah reput dan kena di over-haul balik yang pastinya menggugat pertumbuhan orkid yang tengah hidup subur.

Itu le serba sedikit info penanaman orkid yang menggunakan ke dua-dua medium ini.

Walau apa2 pun, orkid yang melekat di kayu
tetap menjadi pujaan hatiku....hehehe

kerana yang berseni itu sentiasa saja
kelihatan indah di mataku... :)

6 comments:

Shida said...

Kalau berbunga semua tu, meriahnya anosmum tu.

fzi said...

Hmmm kena tunggu batang okid tu betul2 tua baru kuar bunganya...
Thx shida..

Unknown said...

Sedapnya lagu tu. Sehinnga sekarang, belum lagi kita kenal empunya blog ini..

fzi said...

Tq kbguy atas kunjungan...

Unknown said...

Yang ini bunganya warna apa, sama yang mcm post dulu ke?

fzi said...

Hai minat orkid...lama takde update citer okid...where r u? hehe

Anosmum tu still yang sama warna purple. Ada yang warna putih dah lama taknak berbunga... pokoknya pun kurus nampak macam tak subur :)

Thanx k