CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27.5.09

Orkid kuning memikat hati

Seronok berada di laman pagi tadi. Udara yang dingin rasa nyaman sekali. Hembusan bayu yang sepoi-sepoi bahasa menyuntik semangat untuk saya memulakan hari dengan lebih efektif lagi. Moga2 hari ini lebih baik dari semalam....InsyaAllah

Bila dah berada kat laman tu, tempat yang mula2 saya tuju dah tentu lah ke arah rumah orkid atau pun masuk bawah pergola....hehe... Kalau tidak pun singgah le sekejap di sudut orkid depan pintu dapur tu. Membelek2 orkid dah jadi macam satu rutin pulak biarpun hanya 10 minit. Orang kata bila tengok2 bunga dan dedaunan hijau ni boleh 'terapi minda'....ishk...harap2 begitulah....

Semasa belek2 mana2 orkid yang ada kat laman dapur tu, ternampaklah si cantik manis ini. Tak tau saya bila masa berbunganya. Yang jadi tak perasan tu sebab warnanya agak sinonim dengan daun2 orkid di kiri kanan. Tampil berwarna kuning kehijau-hijauan yang memikat hati.... Bentuk bunga pula nampak unik dan istimewa. Jarang pun saya dapat lihat kehadirannya. Berbunganya takde timing, tengok2 ada.... :))


26.5.09

Mini cattleya yang kembang bermusim

Sajerr... ingin paparkan pemandangan mini cattleya yang kembang dari pasu2 kecil yang baru je saya splitkan tempohari(pasu asal dah padat sangat).

Dari 4 pasu kesemuanya, hanya dari 3 pasu saja yang kembang sekuntum demi sekuntum. Baki yang 1 pasu lagi ada keluar buds nya hari tu tapi kembang tak jadi. Tak cukup zat barangkali, terencat separuh jalan. Yang mana keluar bunga ni pelik juga bagi saya, ya lah tengok pada pokoknya hanya ada beberapa helai daun je.... tapi heran mau juga keluar bunga...Jadi, sah le orkid dari jenis ini kembang bermusim. Dia tak kira baru tanam ke dah lama tanam ke...janji batang orkid yang nak produce bunga tu dah betul2 matured. Lagi satu maybe sebab masa saya transfer pokok2 tu saya tak rombakkan keseluruhan pokoknya. Saya hanya potong macam potong kek, bahagikan kepada 4 bahagian. Jadi tak terusik akar2 nya yang melekat kuat pada arang yang dijadikan medium. Tu yang buat akarnya tak terugah barangkali dan boleh mereka2 ni berbunga seperti biasa....hehe(dalam bertanam orkid ini, saya kerap-kali membuat rumusan sendiri, ikut pandai sendiri...hehe)

Lama juga bertahan bunganya... namun makin ke penghujung usia makin pudar pula warna... biasa la...begitu lah kitaran hidup.... setiap sifat yang ada di mukabumi ini akan sampai masa dan ketikanya menerima keuzuran suatu hari nanti...


25.5.09

Borak-borak pasal orkid

"...mendung lah kak tee... nyiram jugak?", tiba-tiba satu suara menyapa waktu saya sedang menyiram semalam.

Hampir terlepas getah paip yang sedang dipegang. Ohhh rupanya Yanti yang menegur....hehe... Saya waktu itu duk fokus menyiram sorang2 di laman dalam suasana hening pulak tu, jadi terkejut jugak le dengan sapaan yang tak dijangka...hehe

"Itu la yanti, akak duk fikir2 tadi nak siram ke tak, tapi walau pun nampak mendung tak tau jadi ke tidak hujan ni...hehe", jawab saya pada teguran yanti tadi.

"Waahh kak tee, bunga yang ini selalu keluar ya! Yanti tengok tak pernah tak ada", yanti tiba2 mengubah subjek.

"Ohh yang itu... memang le kak tee pun kesian tengok tak berenti dia keluar bunga, takde break langsung...hehe", balas saya lagi.

Begitu lah selalunya, time menyiram saya selalu berselisih dengan time yanti bizi dengan kerja2 nya di luar rumah jiran sebelah. Jadi boleh kata saya lebih banyak berbual dengan pembantu rumah jiran saya berbanding tuan rumah. Biasalah, mereka suami isteri bekerja jadi nampak free kat rumah time weekend je.

Ini le orkid yang ditegur oleh yanti itu. Memang tak berhenti keluar bunga, kadang keluar 2 tangkai sekali gus berselang-seli dengan setangkai pula pada kali ini. Warna orkid memang cantik dan istimewa bagi saya.

Begitu juga dengan mokara yang ini, juga asyik berbunga sejak awal tahun. Baru je habis bunganya tempohari dah keluar bunga baru yang tak kurang panjang tangkai bunganya, sama dengan yang baru berlalu. Kadang kesian pulak dekat orkid2 ni yang nampaknya tak penat2 produce tanpa henti... tengah subur la tu.... :))

22.5.09

Orkid butterfly menyambut tetamu(2)



Orkid butterfly yang jadi faveret ini kembali menyambut tetamu di pintu masuk rumah orkid. Ingat lagi, last sekali kembang hari tu di awal2 kemunculan Seri Orkid. Bunganya yang cantik dan berwajah lembut selalu membuat saya senyum sendiri. Rasa seronok setiapkali mata memandangnya.

Macam selalu, butterfly yang ini keluar bunganya agak banyak walaupun hanya dari satu tangkai. Nampak sarat tangkai orkid menampung berat. Tu yang saya tolong support dengan menggunakan pengepit rambut bersaiz kecil yang dibeli di pasar malam.

Walaupun rumah orkid sudah semakin uzur, sekurang2nya tetap nampak berseri dengan kehadiran orkid2 butterfly yang sentiasa menguntum senyum.... :)

18.5.09

Patah tumbuh hilang berganti

Pokok orkid ini kalau orang tak tahu memang tak tahu yang ia adalah orkid. Daun-daun nya tak macam daun-daun orkid yang biasa. Lebih-lebih lagi bila time tak ada bunga, lagi lah orang tak tahu yang ianya pokok orkid.

Nak jadi cerita, pokok orkid ini tumbuh bebas dan meliar dalam sebuah pasu besar di tepi pagar tepi rumah Pak Nor. Ianya kalau tak silap saya dibeli dari nurseri Vani satu masa dulu. Masa tengah2 semangat catit nama orkid dulu, tau jugak le nama nya. Sekarang kebanyakan dah lupa semua. Tapi rupa orkidnya macam gini lah(di copy dari blog yus, harap yus izinkan.. tq)


Satu pagi yang hening, suami saya dengan semangat berkobar2 dengan cutter di tangan telah melakukan trimming pada pokok2 yang di tepi pagar berkenaan. Sudah ketentuan barangkali, orkid saya yang ini turut menjadi sasaran. Habis di trim oleh suamiku.... hehehe

Bila terpandang oleh saya semasa keluar nak tolong kerja2 tu, maka amat terkejut le saya dibuatnya. "Ya Allah, papa... kenapa orkid mama jadi camni?", saya hampir tak percaya dengan apa yang dilihat. Rasa macam2 rasa... nak menangis pun ada. "Ohhh... orkid ke tu, papa ingat pokok2 liar apa yang tumbuh, tu yang nak clear tadi... hehe", jawab papa seakan memujuk.

Dah tak boleh patah balik dah. Kena la terima hakikat.... iskh.... Saya pun kuis-kuis le tengok kalau ada tunggul2 orkid yang masih boleh disemai balik. Ok le kira masih boleh semai balik tapi memang betul2 rasa nak menangis sebab just imagine pokok satu pasu besar boleh togel sekelip mata...huuuu....

Setelah disemai beberapa lama, ini le rupanya... dah ada keluar pucuk baru... patah tumbuh hilang berganti...syukurlah... :)


Aksesori di pokok kelapa

Masa ke hulur ke hilir melakukan kerja2 trimming pokok kat laman tempohari, saya terperasan macam ada yang tak kena je kat batang pokok kelapa gading di luar pagar. Nampak macam kosong je, dah le pokoknya yang sedang belajar berbuah tu asyik tak mahu jadi je buahnya. Banyak kali keluar putik2 buah tapi akhirnya gugur semua. Satu pun tak nak menjadi.

"Ting!" 
 Ok lah! Dapat satu idea. Apa kata letak aksesori sikit kat batang pokok yang nampak kosong tu....

Ini le dia... orkid liar ditampal buat penyeri.... nampak cantik pula... InsyaAllah tentu lagi tambah cantik menarik bila dah keluar bunga nanti... :)

16.5.09

Santai hari Sabtu

Jam 12.30 tghhari tadi selamat membaja orkid dengan kerang sebanyak 2kg untuk semua pasu2 orkid di laman... Rancangannya nak buat minggu lepas, tak terbuat, tergendala oleh dua tiga sebab yang tak dapat dielakkan....biasa la tu...

Yang jadi lewat time membaja ni sebab pergi pasar tadi pun dah agak lewat. Keluar rumah ngan hsbd tadi dah dekat pukul 9.30 pagi. Terus menuju ke Restoran Salam Sentosa, pekena roti canai telor dan nescafe panas. Suami juga order roti canai telor dan teh tarik kurang manis. Minum-minum sambil bercerita, jadi makin lambat le nak bangun gerak ke pasar.

Sampai-sampai pasar nasib baik masih ada lagi kerang di gerai
Mie(adik ustaz Sobri) tapi tu pun dapat 1kg je. Cukup untuk rebus makan kami sekeluarga je... hehe... Untuk orkid pula kena la cepat2 pegi cari kat gerai-gerai bersebelahan.

____________________
______________________________
________________________
_________________

Ok! Dapat pun!
Sampai rumah lauk2 lain terus masuk peti ais. Yang plastik berisi kerang 2kg tinggal je kat luar. Tetap teruskan operasi membaja biarpun waktu itu matahari dah agak meninggi....hehehe

Ok selesai membaja, terus membelek orkid2 yang sedang menghiasi laman. Tak rushing nak masak sebab semua masih kenyang makan sarapan lambat hari ni. Anak2 pun baru je makan 2nd round breakfast dengan roti canai yang di 'tapau' dari Salam Sentosa.

Belek sana-sini, ini antaranya yang berbunga:

Vanda yang merah maroon ini tegak berdiri melepasi bumbung rumah orkid...


Yang ini kembang berseri di laman dapur....


Anosmum as usual selalu ada, yang ini kembang di sebelah laluan tepi rumah orkid...


Orkid butterfly yang sentiasa menwarnai...


Orkid kampung yang selalu bagaikan kupu2...


14.5.09

Orkid beralih tempat


Orkid2 vanda yang saya letakkan 4,5 pokok sekali dalam beberapa pasu besar dah jadi makin semak bila ada antaranya mengeluarkan tunas2 pokok baru. Jadi satu hari tu overhaul balik, yang mana dari jenis yang sama saya kumpulkan ia dalam pasu yang lebih kecil berasingan.

Contoh macam yang ini dah beranak sampai 4 pokok, jadi saya pun potong anak2 pokok yang dah panjang tu dan semaikan balik dalam satu pasu bagi memuatkan ke empat-empatnya sekali. Pasu ini tak dapat le di gantung sebab tersangat le berat sebab saiz pasunya sederhana besar dan medium yang dimuatkan didalamnya pula banyak batu-bata melebihi arang. Jadi hanya letakkan pasunya di atas tiles sahaja.

Yang lain2nya saya gantungkan di palang2 mengelilingi tiang pergola. Sekali pandang semak la pulak nampak. Risau jugak takut papa diaorang complaint..."orkid2 tu nanti buat ganggu lalu lintas je." Sebab ia merupakan tiang yang paling terkehadapan. Tempat semua orang lalu-lalang. Tapi apa nak buat, dah kat situ je panas sepanjang hari yang pastinya sesuai buat orkid2 vanda dan mokara saya tu. Try n test tengok dulu, kalau papa bising, kena la cuba2 intai letak tempat lain... hehe...

Harap-harap rajin lah orkid2 ini berbunga bila dah duduk di tempat baru ini... all the best!


7.5.09

Mini cattleya yang anggun




Dalam sibuk2 saya keluar masuk rumah setiap hari, mata telah mencuri pandang satu pasu mini cattleya yang sedang mekar berkembang. "Ohhh cantiknya mini cattleya ini...",bisik hati kecil saya.... Nampak anggun sekali cattleya ini dengan combination warnanya yang istimewa. Oren + Kuning kemerah-merahan. Kelopak bunganya pula agak keras tidak seperti lain-lain cattleya yang biasa. Tapi sayang ada satu kekurangannya iaitu tiada sebarang bau yang jika ada pasti dapat tip-top kan lagi keanggunannya... hehe

Orkid ini bukan selalu berbunga sebenarnya. Boleh kata jarang-jarang le baru dapat lihat kemunculannya. Tapi pelik juga, sekali ia berbunga, 2, 3 pasu yang lain dari jenis pokok yang sama semua turut keluarkan putik2 bunga.... "Ohhh ada musim rupanya mini cattleya ini?", saya berfikir2 sendiri....

Walau apapun, ambik je gambar dan muatkan di Seri Orkid sebagai kenang-kenangan... :))


5.5.09

Vanda Mimi Palmer


Woahhh.... alang2 dah tau nama, buat tajuk pakai nama dia je lah....hehehe

Vanda yang wanginya menusuk hidung ini berbunga lagi. Tu yang menyemarakkan lagi musim vanda di Seri Orkid. Tiang pergola yang satu itu nampak padat dengan vanda yang bersusun dari atas sampai bawah.

Jadi dengan tak semena2, semua yang ada kat rumah pun suka lah berkumpul bawah pergola sebab ada aroma pot-pouri asli yang mengundang...heheh

Vanda ini saya perhatikan pokoknya nampak sihat dan subur sekali. Daunnya malah hijau pekat dan akar2 pula tiada yang mengering. Nampaknya setakat ini masih selamat dari sebarang gangguan serangga/penyakit.... alhamdulillah syukur....

Bila melihat vanda yang berlumba2 keluar ini, saya jadi bersemangat untuk misi membaja dengan kerang. Dah lama tak beli kerang untuk orkid2 ini. So nak bagi semua dapat zat tambahan yang seimbang, InsyaAllah weekend ni akan beli kerang 2kg di pasar untuk diagih-agihkan pada orkid2 saya yang tengah blooming...(+- 3 biji untuk setiap satu pasu) ...

Jadi semua orang kenalah tahan baunya untuk beberapa hari. Kena
inform juga helper rumah sebelah tentang kemungkinan mereka juga akan turut terhidu bau yang tidak menyenangkan nanti....soriii :)



4.5.09

Kembang mekar di laman dapur



Jam 9.00 pagi tadi baru teringat Shilah kena pergi awal ke sekolah. Kerja folio belum binding lagi. Jadi terus bergegas keluarkan ayam dari freezer. Keluarkan kobis dan sawi bunga. Kupas bawang dan rendam cili kering. Kemudian siap2 rebus macoroni untuk digoreng sejam selepas itu.

Sementara menantikan time untuk goreng macoroni tadi, saya duduk2 di atas buaian di luar pintu dapur. "Wahhh... dah kembang penuh dah....", bisik saya sendirian bila melihat cattleya yang berwarna ceria itu dah kembang mekar sepenuhnya. Semalam nampak baru kembang separuh.

Hiiiii.... seronoknya! Sesungguhnya keceriaan orkid di laman pagi ini membuatkan mood saya rasa tip-top dan semangat pun jadi makin berkobar-kobar....perghhh!!