CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27.5.09

Orkid kuning memikat hati

Seronok berada di laman pagi tadi. Udara yang dingin rasa nyaman sekali. Hembusan bayu yang sepoi-sepoi bahasa menyuntik semangat untuk saya memulakan hari dengan lebih efektif lagi. Moga2 hari ini lebih baik dari semalam....InsyaAllah

Bila dah berada kat laman tu, tempat yang mula2 saya tuju dah tentu lah ke arah rumah orkid atau pun masuk bawah pergola....hehe... Kalau tidak pun singgah le sekejap di sudut orkid depan pintu dapur tu. Membelek2 orkid dah jadi macam satu rutin pulak biarpun hanya 10 minit. Orang kata bila tengok2 bunga dan dedaunan hijau ni boleh 'terapi minda'....ishk...harap2 begitulah....

Semasa belek2 mana2 orkid yang ada kat laman dapur tu, ternampaklah si cantik manis ini. Tak tau saya bila masa berbunganya. Yang jadi tak perasan tu sebab warnanya agak sinonim dengan daun2 orkid di kiri kanan. Tampil berwarna kuning kehijau-hijauan yang memikat hati.... Bentuk bunga pula nampak unik dan istimewa. Jarang pun saya dapat lihat kehadirannya. Berbunganya takde timing, tengok2 ada.... :))