CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

2.6.09

Amabilis yang mempesona





Phalaenopsis Amabilis ini kembang lagi. Bunganya yang berwarna putih bersih yang kuning(light yellow) di tengah, amat mempesonakan mata kami yang hari-hari duk melintas di tepinya. Saiz bunga pula teramat le besar. Patutlah saya ada jumpa fakta yang menyebut tentang ini dari beberapa laman web yang agak popular. Memang sangat besar jika nak dibandingkan dengan lelain phalaenopsis. Puas mata tengok.

Menyebut nama Amabilis ini, teringat pula saya pada seorang teman lama yang bernama Ailis. Nama seakan-akan, tu yang nama Amabilis ini mudah melekat di fikiran. Selalunya saya cepat lupa nama2 orkid ini....hehe... Namun bila menyebut Amabilis teringat pada Ailis yang kawan sejak dari sekolah rendah lagi tu. Kebetulan bila naik sekolah menengah, rumah pula berdekatan. Terkenang saat kami sama2 berbasikal ke sekolah yang jaraknya lebih-kurang dalam 3km dari rumah. Kekadang saya dapat tumpang kereta ayahnya yang mempelawa semasa hari hujan atau jika ada aktiviti koko di sekolah. Pendek kata, saya dan Ailis sering bersama dalam beberapa tahun itu apa lagi kami ahli dalam unit beruniform yang sama iaitu Pandu Puteri. Jadi kitaorang sentiasa le saing termasuk pegi bersama2 untuk acara kawad/perbarisan dan tak ketinggalan juga ke Kem Pandu Puteri.

Eh...eh.. ambik peluang tulis kenangan lama pulak...hehe... yalah bila sesekali teringat kisah dulu2 rasanya membuat kita hari ini lebih menghargai erti sebuah persahabatan... ohhh

Berbalik pada cerita orkid yang memakai nama Amabilis ini, for sure ramai penggemar orkid butterfly ada memilikinya. Kalau belum, elok benar dicari... memang cantik dan puas mata memandang... :))