CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

6.6.09

Pesona orkid ungu





Perkataan pesona diguna-pakai sekali lagi untuk tajuk post kali ini.... actually pesona atau persona? Apa2 je lah... Nak cerita, yang buat pesonanya ialah orkid ini berwarna ungu, itu je...Warna ungu yang jadi faveret saya, selain dari putih dan merah cili. Tapi setiapkali sebut ungu, teringat pula pada warna keladi. Aiskrim keladi, kueh talam keladi, pengat keladi dan daun keladi....hehe... out of topic pulak dah... lebih2 pulak...

Ok, orkid kali ini saya tak tau tergolong dalam kategori mana....wallahu'alam. Dapat sebahagian cuttingnya dari Ain yang beli sepokok penuh dari nurseri Vani satu masa dulu. Masa kitaorang pergi ronda2 tempat Vani dulu nampak lah satu bunch orkid yang penuh bunga satu pasu tu. Membuak-buak keluar dari pasu anak2 pokoknya. Saya lupa Vani tawarkan berapa harga pokok tu.

Dek berkenan dengan warnanya yang '
so sweetttt', Ain pun tanpa berkira2 lagi terus grab orkid ungu yang cantik ini. Saya ok je, jatuh hati jugak le pada orkid ini tapi takpe... lagipun saya sendiri dah jumpa 2, 3 pokok orkid lain yang juga ada pesona. Dalam pada tu, Ain sempat berbisik kat saya, "nanti i kasi u"...... hehe seronoknya!

Begitulah ceritanya.... tapi selepas jumpa orkid ini di tempat Vani, saya langsung tak pernah nampak orkid seumpamanya di lain-lain nurseri. Maybe ada dijual, saya yang tak pernah terserempak.

Apa2 pun balik dari nurseri hari tu, sepertimana yang dijanjikan Ain terus potong dan hulurkan keratan orkid tadi pada saya. Ohh tq, tq ain..... Dari keratan yang ngam2 muat satu pasu itu, sekarang dan jadi 3, 4 pasu selepas beberapa tahun berlalu.... Kenangan meronda nurseri orkid bersama Ain satu masa dulu selalu terpahat dan akan sentiasa segar dalam ingatan....;p


5 comments:

sot said...

memang ada pesona
kecik tapi lawa
bukan saja2 nak melawa

ShalbySalbina said...

Cantik ya orkid ni...

fzi said...

Saya pun suka tengok... bentuk dia, warna dan saiz just nice, nampak manis.... timakasih cikgu...

mizahanan said...

kak.. saya pon ade orkid ni, beli kt vani..
oh ya wiken lepas2 saya pg psrmlm tg. malim. tp x ketemu pula uncle menjual orkid. mayb die bukan tiap2 minggu ade kot. pasni kalu jumpa nak terjahla trus rumah beliau hehe

fzi said...

Ohh... miza pun ada... cantik kan miza okid tu! ;p

Pakcik tg malim tu dulu selalu ada, uzur agaknya sekarang ni. Masa akak kenal dia dulu pun, dah agak lanjut usia... Harapnya miza dpt jumpa dia nnt. Tapi kan akak nk gitau, okid umah dia actually takde la banyak, sikit2 je. Dia bukan stail nurseri macam tempat vani. Yang ni low2 profile je... akak gitau awal2 bimbang takut nnt miza expect kat umah dia banyak okid. Just to inform...