CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

13.6.09

Vanda merah cili bersiap siaga



Vanda ini saya tak tanam dalam pasu. Hanya melekat di batang kayu yang diambil masa berkelah dekat sungai tempohari(sejak 6 tahun lepas lekatkan di keratan dahan ciku)*terpaksa digantikan sebab dah reput dan berbubuk*


Yang nak tergelaknya, pangkal pokoknya yang saya sumbat dalam salah-satu lubang kayu tersebut pula jadi reput lalu patah. Tapi heran, still mahu berbunga hanya bersumberkan zat2 yang diperolehi dari akar2nya yang mencengkam di batang kayu dan pasu2 berhampiran....hahaha..Kadang pelik juga dengan kejadian orkid2 ni....Subhanallah!

Pokoknya simply boleh digoyang2 kesana-kemari, cuma tidak boleh dibawa lari je dek pautan kuat akar2 di kiri-kanan...hehe

Ianya terletak di pintu masuk rumah orkid. Nampak inviting rumah orkid dengan kehadirannya. Jiran-jiran saya yang lalu-lalang sure perasan akan kelibat vanda merah cili ini....;p

"Merah cili bagaikan bersiap-siaga!" *teringat kata2 seorang cikgu di sekolah menengah dulu* :))