CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

15.6.09

Seri jambangan orkid





Semasa saya berpusing2 di tempat yang sama sekitar rumah orkid dan pergola semalam, teringat nak buat satu perkara. Terus bergegas ke pintu dapur mengambil cutter. Suami waktu itu ada kat kebun depan*laman rumah yang tak berpenghuni*. Bizi dengan projek serai dan tebunya. Anak2 pula dalam rumah, tengah bizi semak baju dan buku nak bukak sekolah.

Saya, tanpa berlengah-lengah lagi dengan cutter di tangan terus potong orkid dendrobium yang berbunga dekat dengan gate itu. Lepas tu potong pula orkid kampung 'labah-labah' yang dekat tepi pagar. Kemudian masuk pula ke bawah rumah orkid *dengan hati2 dan dalam langkah berjaga2*. Kepala duk dongak2 kat bumbung rumah orkid*yang semua tunggu masa nak broomm*. Terus cepat2 potong paku-pakis yang tumbuh meliar di dalam pasu orkid dan batang2 kayu ciku yang saya tampalkan orkid itu *paku-pakis tu istimewa sikit sebab daunnya tersangatlah cantik, berkilat2 dan nampak macam plastik*.

Semua tu saya basahkan bawah air paip sekali lalu. Kemudian.... masukkan dalam vas yang ada dekat sinki di ruang makan. Perghhh.... cantik! Moga semua yang lalu-lalang melalui ruang makan ini terhibur dengan deco mama di pagi minggu... moga semua suka dengan seri jambangan orkid!