CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

17.6.09

Nasib Mokara merah

Nak up-date cerita pasal Mokara merah yang mengganggu laluan tempohari (sila klik di sini). Sebenarnya lama la juga saya biarkan ia duduk di tengah2 lorong utama kami itu. Dah masuk 3 kali berbunga sejak pokoknya melintuk ke tengah laluan. Semua yang lalu gerenti terlanggar kalau last minute baru teringat nak mengelak....hahaha

Kedudukan mokara tersebut betul2 duduk di luar tingkap bilik saya. Nak jadi cerita, semasa nak tutup tingkap petang semalam tiba2 saya tersentak bila lihat mokara saya hilang. "Eh mana pegi nya?", hati terus tertanya-tanya. Mata melilau-lilau mencari.

Saya terus mendongak ke atas bumbung rumah orkid. "ohh... dah naik atas bumbung rupanya....", rungut saya dalam hati.

Tiba2 papa muncul dari belakang. Saya pun apalagi terus ambik peluang tanya...."Laaa... okid mama tu duk tinggi sangat la, kita tarik balik nak...?", saya cuba mengatur strategi dengan bagi hint yang bernada lembut.

"Papa dah ikat!", jawab suami saya pendek, kemudiannya terus berpusing masuk ke bilik air. Tak kuasa melayan le tu...

Ohhh...grrrrrr..... sabar, sabar..... agaknya papa mewakili semua orang lain *tidak termasuk saya* yang dah rimas sangat dengan okid yang duk di tengah2 jalan tu....hehe.... finally..... duk tinggi lah Mokara tu sekarang ni..... nasib kau la labu... :p