CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

18.6.09

Orkid butterfly merah jambu






"Cantiknya orkid yang ni mama", tegur kakak.

"Mmm...tentu le... ", jawab saya sambil senyum meleret. Amboi! Bangga le tu lebih-kurang.....hehe

"Eh kakak tak pernah tengok lagi ke yang ni, kan selalu ada apa.....", sambung saya lagi.

"Ohh iye ke, tak perasan lak....tapi cantik giler lah kaler dia ma..."


Macam tu lah lebih kurang dialog saya dengan kakak(anak ke 2) semasa kami kat laman sehari sebelum kakak balik asrama.

Tiapkali anak2 maupun suami menegur mana2 orkid yang berbunga, mula la saya rasa seronok habis....hehe.... yalah rasa best je bila diaorang pun enjoy dengan kehadiran orkid yang kembang kat laman. Takde la rasa saya sorang je yang dari mula duk tanam, menyiram, membaja, membelek dan appreciate orkid2 tu semua.

Kat kawasan saya tinggal sekarang ni pulak, takde geng orkid sangat. Ada geng kategori lain.... hehe.... Jadi bila jumpa2, borak2, semua bukak cerita pasal benda lain, takde sangat pasal orkid.... kalau ada pun tegur2 orkid yang kat laman camtu je lah contoh... cantiknya orkid tu, beli kat mana, harga berapa, sejak bila tanam dsb.... Tak minat sangat kot.... Ada tu ada yang tanam tapi hanya sebilangan kecil je. Tu yang saya duk ajak diaorang suruh mulakan projek orkid ni. Siap offer lagi, nak bagi cutting sebagai permulaan dan pembakar semangat....hehehe