CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

7.5.09

Mini cattleya yang anggun




Dalam sibuk2 saya keluar masuk rumah setiap hari, mata telah mencuri pandang satu pasu mini cattleya yang sedang mekar berkembang. "Ohhh cantiknya mini cattleya ini...",bisik hati kecil saya.... Nampak anggun sekali cattleya ini dengan combination warnanya yang istimewa. Oren + Kuning kemerah-merahan. Kelopak bunganya pula agak keras tidak seperti lain-lain cattleya yang biasa. Tapi sayang ada satu kekurangannya iaitu tiada sebarang bau yang jika ada pasti dapat tip-top kan lagi keanggunannya... hehe

Orkid ini bukan selalu berbunga sebenarnya. Boleh kata jarang-jarang le baru dapat lihat kemunculannya. Tapi pelik juga, sekali ia berbunga, 2, 3 pasu yang lain dari jenis pokok yang sama semua turut keluarkan putik2 bunga.... "Ohhh ada musim rupanya mini cattleya ini?", saya berfikir2 sendiri....

Walau apapun, ambik je gambar dan muatkan di Seri Orkid sebagai kenang-kenangan... :))