CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

5.5.09

Vanda Mimi Palmer


Woahhh.... alang2 dah tau nama, buat tajuk pakai nama dia je lah....hehehe

Vanda yang wanginya menusuk hidung ini berbunga lagi. Tu yang menyemarakkan lagi musim vanda di Seri Orkid. Tiang pergola yang satu itu nampak padat dengan vanda yang bersusun dari atas sampai bawah.

Jadi dengan tak semena2, semua yang ada kat rumah pun suka lah berkumpul bawah pergola sebab ada aroma pot-pouri asli yang mengundang...heheh

Vanda ini saya perhatikan pokoknya nampak sihat dan subur sekali. Daunnya malah hijau pekat dan akar2 pula tiada yang mengering. Nampaknya setakat ini masih selamat dari sebarang gangguan serangga/penyakit.... alhamdulillah syukur....

Bila melihat vanda yang berlumba2 keluar ini, saya jadi bersemangat untuk misi membaja dengan kerang. Dah lama tak beli kerang untuk orkid2 ini. So nak bagi semua dapat zat tambahan yang seimbang, InsyaAllah weekend ni akan beli kerang 2kg di pasar untuk diagih-agihkan pada orkid2 saya yang tengah blooming...(+- 3 biji untuk setiap satu pasu) ...

Jadi semua orang kenalah tahan baunya untuk beberapa hari. Kena
inform juga helper rumah sebelah tentang kemungkinan mereka juga akan turut terhidu bau yang tidak menyenangkan nanti....soriii :)