CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

25.5.09

Borak-borak pasal orkid

"...mendung lah kak tee... nyiram jugak?", tiba-tiba satu suara menyapa waktu saya sedang menyiram semalam.

Hampir terlepas getah paip yang sedang dipegang. Ohhh rupanya Yanti yang menegur....hehe... Saya waktu itu duk fokus menyiram sorang2 di laman dalam suasana hening pulak tu, jadi terkejut jugak le dengan sapaan yang tak dijangka...hehe

"Itu la yanti, akak duk fikir2 tadi nak siram ke tak, tapi walau pun nampak mendung tak tau jadi ke tidak hujan ni...hehe", jawab saya pada teguran yanti tadi.

"Waahh kak tee, bunga yang ini selalu keluar ya! Yanti tengok tak pernah tak ada", yanti tiba2 mengubah subjek.

"Ohh yang itu... memang le kak tee pun kesian tengok tak berenti dia keluar bunga, takde break langsung...hehe", balas saya lagi.

Begitu lah selalunya, time menyiram saya selalu berselisih dengan time yanti bizi dengan kerja2 nya di luar rumah jiran sebelah. Jadi boleh kata saya lebih banyak berbual dengan pembantu rumah jiran saya berbanding tuan rumah. Biasalah, mereka suami isteri bekerja jadi nampak free kat rumah time weekend je.

Ini le orkid yang ditegur oleh yanti itu. Memang tak berhenti keluar bunga, kadang keluar 2 tangkai sekali gus berselang-seli dengan setangkai pula pada kali ini. Warna orkid memang cantik dan istimewa bagi saya.

Begitu juga dengan mokara yang ini, juga asyik berbunga sejak awal tahun. Baru je habis bunganya tempohari dah keluar bunga baru yang tak kurang panjang tangkai bunganya, sama dengan yang baru berlalu. Kadang kesian pulak dekat orkid2 ni yang nampaknya tak penat2 produce tanpa henti... tengah subur la tu.... :))