CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

22.5.09

Orkid butterfly menyambut tetamu(2)



Orkid butterfly yang jadi faveret ini kembali menyambut tetamu di pintu masuk rumah orkid. Ingat lagi, last sekali kembang hari tu di awal2 kemunculan Seri Orkid. Bunganya yang cantik dan berwajah lembut selalu membuat saya senyum sendiri. Rasa seronok setiapkali mata memandangnya.

Macam selalu, butterfly yang ini keluar bunganya agak banyak walaupun hanya dari satu tangkai. Nampak sarat tangkai orkid menampung berat. Tu yang saya tolong support dengan menggunakan pengepit rambut bersaiz kecil yang dibeli di pasar malam.

Walaupun rumah orkid sudah semakin uzur, sekurang2nya tetap nampak berseri dengan kehadiran orkid2 butterfly yang sentiasa menguntum senyum.... :)