CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

18.5.09

Patah tumbuh hilang berganti

Pokok orkid ini kalau orang tak tahu memang tak tahu yang ia adalah orkid. Daun-daun nya tak macam daun-daun orkid yang biasa. Lebih-lebih lagi bila time tak ada bunga, lagi lah orang tak tahu yang ianya pokok orkid.

Nak jadi cerita, pokok orkid ini tumbuh bebas dan meliar dalam sebuah pasu besar di tepi pagar tepi rumah Pak Nor. Ianya kalau tak silap saya dibeli dari nurseri Vani satu masa dulu. Masa tengah2 semangat catit nama orkid dulu, tau jugak le nama nya. Sekarang kebanyakan dah lupa semua. Tapi rupa orkidnya macam gini lah(di copy dari blog yus, harap yus izinkan.. tq)


Satu pagi yang hening, suami saya dengan semangat berkobar2 dengan cutter di tangan telah melakukan trimming pada pokok2 yang di tepi pagar berkenaan. Sudah ketentuan barangkali, orkid saya yang ini turut menjadi sasaran. Habis di trim oleh suamiku.... hehehe

Bila terpandang oleh saya semasa keluar nak tolong kerja2 tu, maka amat terkejut le saya dibuatnya. "Ya Allah, papa... kenapa orkid mama jadi camni?", saya hampir tak percaya dengan apa yang dilihat. Rasa macam2 rasa... nak menangis pun ada. "Ohhh... orkid ke tu, papa ingat pokok2 liar apa yang tumbuh, tu yang nak clear tadi... hehe", jawab papa seakan memujuk.

Dah tak boleh patah balik dah. Kena la terima hakikat.... iskh.... Saya pun kuis-kuis le tengok kalau ada tunggul2 orkid yang masih boleh disemai balik. Ok le kira masih boleh semai balik tapi memang betul2 rasa nak menangis sebab just imagine pokok satu pasu besar boleh togel sekelip mata...huuuu....

Setelah disemai beberapa lama, ini le rupanya... dah ada keluar pucuk baru... patah tumbuh hilang berganti...syukurlah... :)