CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

16.5.09

Santai hari Sabtu

Jam 12.30 tghhari tadi selamat membaja orkid dengan kerang sebanyak 2kg untuk semua pasu2 orkid di laman... Rancangannya nak buat minggu lepas, tak terbuat, tergendala oleh dua tiga sebab yang tak dapat dielakkan....biasa la tu...

Yang jadi lewat time membaja ni sebab pergi pasar tadi pun dah agak lewat. Keluar rumah ngan hsbd tadi dah dekat pukul 9.30 pagi. Terus menuju ke Restoran Salam Sentosa, pekena roti canai telor dan nescafe panas. Suami juga order roti canai telor dan teh tarik kurang manis. Minum-minum sambil bercerita, jadi makin lambat le nak bangun gerak ke pasar.

Sampai-sampai pasar nasib baik masih ada lagi kerang di gerai
Mie(adik ustaz Sobri) tapi tu pun dapat 1kg je. Cukup untuk rebus makan kami sekeluarga je... hehe... Untuk orkid pula kena la cepat2 pegi cari kat gerai-gerai bersebelahan.

____________________
______________________________
________________________
_________________

Ok! Dapat pun!
Sampai rumah lauk2 lain terus masuk peti ais. Yang plastik berisi kerang 2kg tinggal je kat luar. Tetap teruskan operasi membaja biarpun waktu itu matahari dah agak meninggi....hehehe

Ok selesai membaja, terus membelek orkid2 yang sedang menghiasi laman. Tak rushing nak masak sebab semua masih kenyang makan sarapan lambat hari ni. Anak2 pun baru je makan 2nd round breakfast dengan roti canai yang di 'tapau' dari Salam Sentosa.

Belek sana-sini, ini antaranya yang berbunga:

Vanda yang merah maroon ini tegak berdiri melepasi bumbung rumah orkid...


Yang ini kembang berseri di laman dapur....


Anosmum as usual selalu ada, yang ini kembang di sebelah laluan tepi rumah orkid...


Orkid butterfly yang sentiasa menwarnai...


Orkid kampung yang selalu bagaikan kupu2...


6 comments:

Shida said...

Salam kak, nak tanya..kerang tu letak mcm tu jer ker? kalau dia dah mati,perlu ker dibuang kulitnya itu?

Mesti bersemut jugak,kan.....

Selalunya 1 pasu letak berapa ekor?

Teringin nak cuba, byk lagi yg degil takmo berbunga.....he..he..he...

fzi said...

Wsalam...

Shida, kerang yang dah mati(contoh yang dah lama dlm peti air,drpd buang baik buh kat okid), juga takyah buang kulit. Letak macam tu je di hujung2 pasu, jgn dekat ngan pangkal orkid.

Satu pasu yang saiz biasa tu letak le 3 biji. Kalau pasu kecil 1 atau 2 depends saiz pokok sama. Kalau pasu besar yang akak combine banyak2 vanda dalam satu pasu tu, banyak le.. +- 7 - 8 biji.

Cuba le shida, InsyaAlah yang mana2 degil tu aktif balik keluarkan bunga...hehe

sot said...

Hari kedua ni dah berbau la sikit...kenalah tahan baunya. Selalunya untuk 3 hari pertama tu. Takpa lah bukan selalu ye dak?

fzi said...

hehehe... sori bcoz of the bau pa.. anyway thx for ur understanding...:)

Shida said...

Ok kak, thanks. Baru ni ada jugak kawan kata letak kulit & kepala udang, menjadi jugak.

Cuma 1 petua je yg saya belum pernah cuba iaitu siram dgn air belacan, katanya menjadi jugak.

fzi said...

Fuyoo...shida! Rupa2nya banyak lagi cara2 membaja okid ni ya...akak tak tau pulak pasal kulit n kepala udang dan juga air belacan tu... maybe one day bole try buh kat okid akak... hehe thx k shida