CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label dendrobium. Show all posts
Showing posts with label dendrobium. Show all posts

28.2.26

Orkid di 10 Ramadhan 1447

Pagi² tadi semasa menyiram, tiba² ternampak di balik dedaun pisang...Taraaaaa....orkid yang rajin berbunga, jenis dendrobium ini keluar lagi bunganya.  Subhanallah.. Cantik dan tak jemu di pandang🫶




Butterfly putih pula dah tinggal sekuntum...huuuu


Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Selamat beramal.

26.7.10

Dendrobium tersenyum simpul



Assalamualaikum

Ada dua dendro perintis yang sedang berbunga kat laman sekarang ni. Dua2 tu termasuk dalam senarai okid perintis sebab ianya yang awal2 saya beli time belajar membela okid zaman dahulu kala tuh... hehe

Dendrobium kat rumah saya hanya sesekali je muncul.... tak tahu di mana silapnya, mereka mereka ni tidak berapa rajin join kengkawan yang lain untuk keluar bunga. Jadi bila sekali keluar tuh, tuan dia terlebih excited la sikit jadinya...hehe

Seingat saya la, yang purple tuh tuan nurseri dulu kata nama Sonia.... betul tidaknya Wallahu'alam. Tapi takde keluar banyak pun, hanya mampu terbit 3 kuntum je... jadi la kann...

Apa2pun, dua2 nampak cantik je tersenyum simpul duduk bawah pergola....
:)

6.4.10

Dendro Purple Pakat2 Keluar

Aduss....meriah nampak dendro yang kaler purple ni.... nampak penuh bunga di sudut tepi pergola tu dengan okid dendrobium purple yang sume pakat2 keluar tuh. Jenis okid yang satu ini walaupun saya dah split kan ke banyak pasu tapi saya letakkan pasu2nya duduk dalam satu kelompok je. Tak duk asing2...letak dalam linkungan kerabat2nya je.... hehe

Terkejut juga bila awal2 hari tu tengok banyak putik2 bunga keluar. Ohh suka nya rasa, dah berkira2 nak potong masuk dalam vas dan hias dalam rumah bila okid tu kembang nanti.

Tapi bila dah kembang semua, sayang pulak nak potong masuk vas. Suka tengok dia kembang banyak2 dalam sekelompok tu.... cantik, kembang dari semua penjuru mengelilingi satu tiang pergola tu.... duduknya menumpang bawah teduhan pergola dan pokok bunga kertas eskrim. Kemudian berjiran pula dengan Aerides dan Anosmum kat tepi2nya.

23.3.09

Dendro yang 'attract attention' di pintu pergola



Dendrobium ini tahan begitu lama kembangnya. Rumput di laman dah berapa kali mesin, namun orkid dendro ini masih tetap utuh mekarnya. Orkid Aerides purple pun dah lama gugur namun dendro yang ini masih gah tersenyum di sisi pergola.

Ia sering menarik perhatian saya sebab duduk letaknya di muka pintu pergola. Hari2 kami orang duk melintas di depannya. Baik anak saya yang sedang tunggu van bawah pergola, yang tengah main badminton petang2, yang tengah tolong sapu daun2 kering dan pasir2 halus di bawah porch malah suami yang sedang berkebun di laman sekali pun, semua suka tengok dendro yang satu ini.

Yang indah itu hanya pada mata yang memandang...

28.2.09

Dendrobium yang pertama dalam koleksi


Ini le dendro yang pertama-tama ada dalam koleksi. Bukan hanya dendro yang pertama malah itu le orkid yang mula2 sekali yang saya ada. Ianya kenangan dari kakak saya yang waktu itu hendak berpindah ke Sabah. Ada le sedikit sebanyak pasu2 bunga yang dihantar ke rumah saya termasuklah orkid ini.

Waktu tu saya pecahkan ia pada beberapa pasu dan dapat lah dihulurkan pula pada jiran dan dua tiga orang member. Bunganya nampak biasa je tapi tetap cantik dan bernilai evergreen. Rajin berbunga kalau nak banding dengan lain-lain dendro yang ada kat rumah. Yang lain2 tu asyik keluar anak pokok baru je dari ruas batang orkid yang sudah tua. Dah puas saya potong dan alih-alihkan untuk disemai dalam pasu2 kecil.