CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label bagaimana ianya bermula. Show all posts
Showing posts with label bagaimana ianya bermula. Show all posts

23.4.09

Kenangan Terindah bertanam orkid


Ada satu gambar kenangan yang ingin dipaparkan dalam slot Kenangan Terindah ini.... Tak le terang sangat sebab snap kan gambar yang ada dalam album je masuk komputer. Ini gambar anak2 saya yang waktu itu masih dalam Tahun 3, Tahun 2 dan yang paling kecil tu baru nak masuk tadika. Semua duk tengah2 panas atas rumput carpet bergambar depan orkid mama...hehehe

Masa tu kami baru je pindah masuk(rumah lama) dan tempatnya agak panas le mula-mula tu sebab pokok2 lanskap pun baru je ditanam pemaju. Orkid2 yang berderet di belakang anaknda tu kebanyakannya baru beli je. Tu yang ajak diaorang posing depan kamera...

Ketika ini lah saya berkenalan dengan kawan2 dan jiran yang minat dengan orkid termasuklah Ain, Elizabeth, Zan, Ma, An, kak Siti, Pak Ngah, Mak Ngah, Ram, cikgu Zul, kak Yah, kak Ani, kak Yati, En Shukur dan tak lupa seorang pakcik Guard yang begitu berbudi memberi berbagai tip dan idea untuk saya berdasarkan pengalaman beliau yang berkerja di Jabatan Pertanian sebelum itu. Terimakasih semua, budimu dikenang!

31.12.08

Dah dapat orkid


Kerja-kerja mencari bermula. Menantu Nyonya(terlupa namanya) sering menemani saya untuk melawat nurseri di sekitar Greenwood dan Gombak. Kami selalunya pusing-pusing waktu pagi selepas settle hal anak2. Anak yang sulung dah ke sekolah, yang ke 2 dah selamat ke tadika manakala hanya tinggal yang kecil dalam pangkuan saya. Ke hulu ke hilir lah kami menjenguk mana-mana nurseri berhampiran.

Lama kelamaan rumah sewa dah naik berseri dengan bunga-bungaan yang dibeli ready made bloom....hehehe..

Orkid ada la lima enam pasu je sebagai permulaan. Spesis pun tak tau nak sebut, pakai beli je.


Bayangan orkid

Mengimbau detik mula2 bertanam orkid dulu, saya asalnya terpesona melihat nyonya dan menantunya di sebelah rumah asyik membelek orkid setiap pagi. Masa tu anak-anak saya masih kecil dan kami baru pindah menyewa ke Taman Bolton berdekatan Taman Sri Gombak. Kalau tak silap saya anak yang sulung waktu tu dalam Tahun Satu.

Setiap pagi selepas suami bergerak ke tempat kerja, saya tidak terus masuk ke rumah tetapi have a sweet time tumpang melihat2 kehijauan taman rumah sebelah. Nyonya tidak lokek memberi berbagai tips untuk saya yang sudah mula timbul minat untuk bertanam bunga. Dalam kepala, lebih tertarik untuk mulakan dengan orkid. Hanya bayangan orkid.

Bagaimana ianya bermula

Tercetusnya idea untuk buat blog khusus untuk orkid sahaja bermula selepas saya menyusuri laman pencinta orkid seperti alang bidara, kak yong, sayanghasni dan beberapa orang individu lagi. Kekadang perasaan ingin menghayati keunikan orkid tidak mahu dicampur-aduk dengan lelain perkara/isu.

Maka dengan ini terbitlah blog "Seri Orkid" yang InsyaAllah akan memaparkan gambar dan perihal orkid2 yang ada di rumah kami.

Moga dapat berkongsi kegembiraan dengan minat yang sama bagi para pencinta orkid... TQVM