CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.12.08

Rumah orkid separa lindungan

Beberapa tahun berlalu. Dalam pada itu saya sudah berjaya mengumpul beberapa spesis orkid yang di beli dari masa ke semasa. Suami turut memberi sokongan moral dan budget untuk melaksanakan misi orkid saya...hehehe..

Sehinggalah kami berpindah ke mari dengan mengangkut kesemua orkid2 belaan saya termasuk pokok2 bunga hiasan lainnya.

Sebelum berpindah, kami usahakan agar rumah orkid terbina untuk menempatkan orkid-orkid saya di tempat yang selamat di bawah separa lindungan. Semasa masih di rumah lama, suami membina sendiri rumah orkid kecil dari kayu-kayu terbuang. Tapi bila dah di cat cantik dengan warna biru laut, rumah orkid hasil tangan suami saya kelihatan tegap dan reliable. Kami memasang sendiri netting hitam yang dibeli di kedai hardware sebagai bumbungnya.

Manakala rumah orkid sekarang, terbina dari 6 tiang batu yang dibangunkan kukuh tapaknya bak kata Ipin(tukang rumah kami) "Nak buat tapak rumah orkid akak ni macam nak buat tapak pondok.", kata Ipin. Ipin berjaya merealisasikan rumah orkid betul2 seperti dalam plan yang diberi dengan keluasan 16' x 6' keseluruhannya....alhamdulillah  :)

4 comments:

Orkid La said...

Bahagia bila melihatkan koleksi tuan yg begitu banyak.

http://photobucket.com/Orkidlah

fzi said...

Mula2 sekali nak buat pembetulan bukan tuan tapi puan...hehe
Tapi boleh just panggil saya fzi, simple dan mesra alam...haha

Anyway timakasih 'Orkid La' baca cerita saya pasal rumah orkid tu. Rumah orkid yang suami saya buat dulu tetap tinggal dalam kotak ingatan.. masa tu terserlah la bakat terpendamnya dalam bertukang...hehe

***(seronok tengok koleksi di photobucket tu... nampak banyak spesis yang rare dan susah nak jumpa..tahniah... pasti saya selalu ke sana)

imanmom said...

salam fzi,jalan2 td tiba2 terjumpa blog ni,tersenyum puas ada juga blog bunga kesayangan saya ni,banyak idea yang dikongsi...terima kasih...nice blog

fzi said...

Wsalam...

Timakasih sudi singgah di sini. Gambar2 orkid yang berbunga tu saya muatkan dalam blog sebagai kenang-kenangan. Kalau kebetulan takde yang berbunga kat laman, boleh la jengok blog je...hehe

Jemput singgah lagi... :)