CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label mokara. Show all posts
Showing posts with label mokara. Show all posts

4.12.19

Tersenyum di Pintu Rumah Orkid

Alhamdulillah..

Tiba-tiba je nampak ada kelibat warna kuning di pintu rumah orkid. Waaahhhh ada pokok orkidku berbunga rupanya.. Alhamdulillah. Tampil bergaya dalam warna kuning pekat, tersenyum indah ia di pintu rumah orkid yang baru ditinggikan tiangnya itu. Alhamdulillah☘️🌱🍃





13.2.19

Orkid Mokara Muncul Lagi


Alhamdulillah...
Mokara kaler pink yang hari tu muncul kembali. Keluar bunganya dari pokok yang sama tempohari. Cantikkkk sangat. Tak jemu memandangnya... Subhanallah




Bila sesekali keluar tengok2 pokok atau keluar menyiram, saya suka amalkan mengucap zikir; 
Subhanallah 
Walhamdulillah
Wala ila ha'il lallah
Wallahu Akbar

Selalu lah keluar bunga ya orkidku🌸

7.6.18

Mokara Tiba-tiba Muncul

Ahamdulillah...bukak2 pintu dapur pagi tadi terpandang sesuatu yang dah lama tak tengok. Yehaaa!! Mokara la.. Mokara rupanya ada yang berbunga..tak perasan pun. Tiba2 je muncul, alhamdulillah.







Bila tenung2 mokara ni, agak terubat la rindu pada orkid2 ku. Ya lah sekarang ni lama2 sekali baru keluar satu...huuu

26.1.11

Mokara Merah yang jelita...

Macam biasa, masa buat laluan lepas keluar masuk keta je lah time nak menyinggah tengok okid pun. Kalu harap waktu lain nak kluar suka2, takde lah saya kluar sangat. Tu sebab kawan cum jiran2 pun payah nak tengok kelibat saya dekat laman kecualilah time keluar masuk antar anak tu je... Kalu nak betul2 nampak fzi kat laman, hah tu mesti masa duk saing berkebun ngan tuan Sot, weekend... heheh  

Suka pulak dongak tengok okid Mokara Merah ni... Nampak kaler dia makin hari makin pekat... makin hari makin jelita... suka tengok... jadi dengan rasa gumbiranya, terpaksa lah letak lagi snap-shot yang hari tu.. :)

...psttt.... sila abaikan kaler kayu pergola kat belakang mokara tu ya, dah sizen kaler... nampak lah kureng cantek sikit bila jadi background mokara tu... nanti nak kena suh anak bujang selek balik pakai ICI ... :)



9.3.10

Orkid yang dah kembang penuh

Sejak minggu lepas lagi duk tangguh nak masukkan gambar okid2 ni.... Walaupun kerap berbunga, saya tak jemu2 tengok sebab itu taknak lepaskan peluang untuk muatkan gambar yang mana bunganya dah kembang penuh ini, masuk blog. Buat kenang-kenangan..... mana la tau lepas ni mereke mereka tu mogok tak mau kembang lagi...hehe

vanda 1
vanda 2

mokara

Ketiga-tiganya kembang penuh dari satu tangkai. Bunganya kembang mekar, struktur kelopaknya keras dan warna pula makin pekat nak-nak bila hampir sampai ke penghujung tu. Sume bertahan lama kembang... Alhamdulillah syukur....

Pepatah ada menyebut.... yang penghujung itu biasanya hebat, yang penghujung itu biasanya berkat... :))


4.2.10

Mokara Dalam Sinar Mentari di Pagi Hari




Masa kluar ngendap2 pokok kat laman tadi, dah terasa bahang panas matahari kat kulit.

Fon yang siap2 bawak kat tangan mula difokuskan dekat mana2
port yang nampak menarik tu. Mulanya niat nak cari snapshot untuk dimuatkan dalam Impiana Iman. Tup2 nampak Mokara la pulak....hari tu baru je kluar tapi bloom dari pasu lain...ni ada kluar lagi ni, musim mokara kluar la ni kot...hehe

Tengok2 dalam komputer,
snapshot nya nampak cantik bangat. Nampak anggun mokara dalam sinar mentari di pagi hari.... :)


***sebut pasal sinar mentari di pagi hari ni, jemput dengar dan hayati lagu Demi Matahari nyanyian SNada ini. Amat mengesankan hati di mana lagunya ada menceritakan perihal Surah As-Syam. Lagu tu anak saya Shilah yang
highlight kan, lepas dia balik dari kem Motivasi tempohari...thx anakku*



~~~~~~~
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

~~~~~~~~~~~

13.1.10

Mokara Muncul Lagi


Masa menyiram-nyiram time pukul 11 pagi tadi, nampak kuntuman mokara yang duk di tepi tiang pergola. Waa....dah kembang dah....mmmm.....cantik...berseri2 nampak dia dalam suasana panas yang nak masuk tengahari tu....

Intai2 keliling dia ada la dua tiga jenis vanda lagi nak ikut kembang sama....Vanda ni kira kerabat mokara jugak lah lebih-kurang... semua pakat suka duk tempat panas.... nampak selesa duduk di bawah panas terik mentari..... :)


23.7.09

Orkid kaler merah lagi




"Kak, jarang up-date Seri Orkid sekarang ni!", tegur salah-seorang kawan melalui e-mail baru2 ini bila perasan saya jarang up-date blog orkid ni semenjak dua menjak ini.

Ohhh.... termenung kejap, nak bagi alasan apa ni....

...hehe.... bukan apa dik, bukan pasal bizi dengan blog Menu(blog masak-masak) tu, bukan juga sebab takde orkid yang blooming... Ada tu tetap ada orkid yang kembang tapi kebanyakannya yang regular je *such as anosmum, butterfly, orkid-orkid vanda dan cattleya*... semua tu yang dah biasa publish... jadi boring gak asyik nak ulang-tayang gambar orkid yang sama...hihihi tak gitu...

Ok lah... hari ini nak showing-off sikit.... :)
Ada satu yang baru kembang... seingat saya tak pernah le pulak nampak sebelum ni... rasanya first time kot keluar bunga. Kekadang ada orkid yang low-profile dan dah lama menyepi, tup-tup keluar bunga tiba-tiba... Nak kasi surprise tuan dia le tu... maklum lah tuan dia tak perasan pun dia ada selama ni.... hehehe

Boleh tahan juga cantik... ada iras2 mokara merah yang hari tu tapi ada le beberapa kriteria yang membezakan kedua-duanya. Rasanya yang ni juga jenis mokara... tepi2 kelopaknya macam berkerinting sikit.... :)


17.6.09

Nasib Mokara merah

Nak up-date cerita pasal Mokara merah yang mengganggu laluan tempohari (sila klik di sini). Sebenarnya lama la juga saya biarkan ia duduk di tengah2 lorong utama kami itu. Dah masuk 3 kali berbunga sejak pokoknya melintuk ke tengah laluan. Semua yang lalu gerenti terlanggar kalau last minute baru teringat nak mengelak....hahaha

Kedudukan mokara tersebut betul2 duduk di luar tingkap bilik saya. Nak jadi cerita, semasa nak tutup tingkap petang semalam tiba2 saya tersentak bila lihat mokara saya hilang. "Eh mana pegi nya?", hati terus tertanya-tanya. Mata melilau-lilau mencari.

Saya terus mendongak ke atas bumbung rumah orkid. "ohh... dah naik atas bumbung rupanya....", rungut saya dalam hati.

Tiba2 papa muncul dari belakang. Saya pun apalagi terus ambik peluang tanya...."Laaa... okid mama tu duk tinggi sangat la, kita tarik balik nak...?", saya cuba mengatur strategi dengan bagi hint yang bernada lembut.

"Papa dah ikat!", jawab suami saya pendek, kemudiannya terus berpusing masuk ke bilik air. Tak kuasa melayan le tu...

Ohhh...grrrrrr..... sabar, sabar..... agaknya papa mewakili semua orang lain *tidak termasuk saya* yang dah rimas sangat dengan okid yang duk di tengah2 jalan tu....hehe.... finally..... duk tinggi lah Mokara tu sekarang ni..... nasib kau la labu... :p

25.5.09

Borak-borak pasal orkid

"...mendung lah kak tee... nyiram jugak?", tiba-tiba satu suara menyapa waktu saya sedang menyiram semalam.

Hampir terlepas getah paip yang sedang dipegang. Ohhh rupanya Yanti yang menegur....hehe... Saya waktu itu duk fokus menyiram sorang2 di laman dalam suasana hening pulak tu, jadi terkejut jugak le dengan sapaan yang tak dijangka...hehe

"Itu la yanti, akak duk fikir2 tadi nak siram ke tak, tapi walau pun nampak mendung tak tau jadi ke tidak hujan ni...hehe", jawab saya pada teguran yanti tadi.

"Waahh kak tee, bunga yang ini selalu keluar ya! Yanti tengok tak pernah tak ada", yanti tiba2 mengubah subjek.

"Ohh yang itu... memang le kak tee pun kesian tengok tak berenti dia keluar bunga, takde break langsung...hehe", balas saya lagi.

Begitu lah selalunya, time menyiram saya selalu berselisih dengan time yanti bizi dengan kerja2 nya di luar rumah jiran sebelah. Jadi boleh kata saya lebih banyak berbual dengan pembantu rumah jiran saya berbanding tuan rumah. Biasalah, mereka suami isteri bekerja jadi nampak free kat rumah time weekend je.

Ini le orkid yang ditegur oleh yanti itu. Memang tak berhenti keluar bunga, kadang keluar 2 tangkai sekali gus berselang-seli dengan setangkai pula pada kali ini. Warna orkid memang cantik dan istimewa bagi saya.

Begitu juga dengan mokara yang ini, juga asyik berbunga sejak awal tahun. Baru je habis bunganya tempohari dah keluar bunga baru yang tak kurang panjang tangkai bunganya, sama dengan yang baru berlalu. Kadang kesian pulak dekat orkid2 ni yang nampaknya tak penat2 produce tanpa henti... tengah subur la tu.... :))

1.5.09

Mokara dan vanda berebut keluar

Baru hari tu mokara yang sama jenis dengan yang ini, kembang di laluan tepi rumah orkid. Mokara kali ini pula ialah yang saya letaknya di tepi tiang pergola bersekali dengan beberapa jenis vanda yang lain.

Cuaca yang panas kebelakangan ini mendorong kebanyakan orkid2 saya keluarkan putik2 bunga baru. Semua berebut2 keluar dan tak ketinggalanlah mokara merah ini yang tumpang sekaki. Namun warnanya sedikit berbeza dengan yang lalu kerana yang ini warnanya lebih ke arah merah jambu. Biasalah tu... memang lah makora ini ada banyak kaler walaupun dari jenis yang sama...hehe

Ini pula vanda merah yang betul-betul merah. Sekali pandang macam merah darah....ish! Kedudukannya agak teratas dari lain-lain yang sedang kembang. Jadi warnanya yang pekat jadi makin pekat lah bila dah dapat sepenuhnya cahaya matahari tanpa terlindung oleh apa2 bayangan objek.


Kalau dipandang dari main door, nampak cantik orkid2 ini bersusun kembang. Berseri tiang pergola dibuatnya.... hehe

7.4.09

Mokara dah kembang sepenuhnya



Dengan kedudukannya yang strategik di laluan perdana itu :), makin kelihatan terserlahlah ia bila tangkai bunganya yang panjang dah kembang sepenuhnya. Jadi tunggu apa lagi.... terus saya rakamkan gambar keseluruhan orkid mokara yang dah mencapai tahap maksimum pembungaannya itu. Untuk melihat awal2 proses kembang-mekarnya sila klik di sini)

Sebenarnya pokok orkid itu saya tampalkan di kepingan papan kayu sahaja. Papan itu(segiempat tepat berukuran +- 10" x 14') dilekatkan pula ke tiang batu rumah orkid. Akarnya dah bersimpang siur dan nampak agak berserabut jadinya. Nak potong takut pokoknya terbantut pula. Jadi biarkan saja ia melekat dan memaut apa sahaja di sekelilingnya termasuk pautan pada pokok2 orkid berhampiran.