CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label orkid kampong. Show all posts
Showing posts with label orkid kampong. Show all posts

22.11.10

Orkid Miss Joaquim di awan biru


"Cantik kak fzi tanam okid ni kat belakang..."

Alhamdulillah, ramai yang berkenan dengan orkid yang saya pacakkan kat anjung belakang ni. Kebetulan masa hari gader2 tempohari, Papilionanthe Miss Joaquim ni tengah blooming cantik. Jadi sambil makan, mana-mana yang minat orkid tu duk asyik pandang orkid je lah...hehe...

Sampai ke hari ini asyik ada je bunganya....tak putus. Petang semalam kira...kira ada 5 kuntum sume.... cantik sangat bila dia duduk kat belakang ni sebab rumah kami tanah tinggi sikit, jadi nampak begitu indah dia dalam background awan biru.... Subhanallah...



13.11.09

Orkid Labah-labah Berseri-seri




Orkid kampung yang ini berbunga tak kira musim. Kira sentiasa ada lah...tak putus menyumbang seri walau pun kadang hanya ada setangkai dua....tetap ada je kat tepi2 pagar tu.

Yang selalu rancak berbunga biasanya yang dekat tepi pagar belah kiri tepi rumah Pak Nor. Selalu bila sekali keluar banyak bunganya, saya macam biasa potong-potong masuk dalam vas yang berisi air kemudian letak lah kat mana2 sudut dalam rumah.


Tapi
snapshot kali ini datangnya dari tepi pagar belah kanan.....duduk di antara rumah kami dengan rumah Hani. Pokoknya yang dah panjang melebih 3' agaknya dah tak dapat menampung berat makanya telah melentok ke arah muka pintu nak masuk ke rumah okid. Tapi takdelah menghadang laluan. Just nice duduk di tepi laluan. Kiranya berfungsi macam penyambut tetamu rumah okid la lebih kurang... heheh

Cantik berseri-seri okid labah-labah ni....bunganya pun tahan lama.....syukurlah....
:)

7.10.09

Orkid Merpati Kembang Setaman



Ada satu lagi orkid yang kembang pagi ni....Orkid merpati kembang sekaligus dari dua tiga rumpun.... ohhh bestnyerr...satu laman berbau wangi....

Kebetulan pewangi pot-pouri yang selalu saya beli di kedai RM5 kehabisan... saya pun apa lagi, ambik peluang le kerat tangkai-tangkai bunga orkid merpati tu untuk letak di ruang tamu. Boleh buat ganti wangi pot-pouri yang beli tu.

... tapi nak citer.. yang sebenar-benarnya... bau wangi yang datang dari okid merpati ini lebih oriiii... lagi berbanding dengan yang diproses jual tu....hehe


24.6.09

Orkid kampung di anjung belakang

Hari ni rasa banyak masa pula. Itu yang pagi-pagi lagi capai baja Jumbo Feed kemudian bancuh dengan satu baldi penuh air. Lepas tu siram kat semua pokok orkid dengan gunakan bekas penyiram bunga (yang bershower tu).

Bila dah selesai semua, jengok2 orkid kat anjung belakang. Amboi! Banyaknya lalang dan rumput liar tumbuh dalam pasu orkid. Bukan main lagi, semua sama naik tumbuh nak memenuhkan pasu....hehe....


Saya pun mula menyinsing lengan baju, hulurkan tangan di celah2 grill pagar belakang untuk cabut tumbuhan yang tak diundang ini. Semak di mata semak lagi rasa di hati.... ;p

Dah le akar2 orkid ini tak terlayan keluar hingga habis melekat2 di dinding pagar yang bersimen itu. Tak tau papa diaorang perasan atau tidak akan hal ini.... lambat-laun kena sound jugak ni kalu akarnya dah over sangat
.... hehe


Orkid kampung yang saya tanam di belakang rumah ini, dulu rasa banyak juga keluar bunganya. Mungkin sebab saya trim hari tu, tu yang makan masa sikit pokoknya nak proses untuk berbunga balik. Nanti bila berbunga penuh, InsyaAllah saya akan snapkan gambar.... boleh sama2 share pemandangan orkid kampung yang berstatus evergreen ini....

18.5.09

Aksesori di pokok kelapa

Masa ke hulur ke hilir melakukan kerja2 trimming pokok kat laman tempohari, saya terperasan macam ada yang tak kena je kat batang pokok kelapa gading di luar pagar. Nampak macam kosong je, dah le pokoknya yang sedang belajar berbuah tu asyik tak mahu jadi je buahnya. Banyak kali keluar putik2 buah tapi akhirnya gugur semua. Satu pun tak nak menjadi.

"Ting!" 
 Ok lah! Dapat satu idea. Apa kata letak aksesori sikit kat batang pokok yang nampak kosong tu....

Ini le dia... orkid liar ditampal buat penyeri.... nampak cantik pula... InsyaAllah tentu lagi tambah cantik menarik bila dah keluar bunga nanti... :)

17.4.09

Orkid kampung (2)




Dalam duk membelek2 buku pasal orkid yang saya pinjam tempohari, pandangan terhenti pada m/s 65 yang menceritakan tentang orkid yang bernama Arachnis. Ohh... rupa-rupanya orkid yang hanya diberi gelaran orkid kampung oleh saya selama ini adalah termasuk dalam jenis Arachnis...

Seronoknya dapat satu info baru... :)

Mengikut buku tersebut, dalam istilah Yunani, arachnis bermaksud labah-labah. Di Indonesia pula orkid ini dikenali dengan nama orkid kala jengking.

Orkid ini memang mudah sangat biaknya. Batang pokoknya kuat dan tinggi serta memanjang dan berkeupayaan memanjat dengan bantuan akarnya. Orkid ini yang saya letakkan di tepi pagar berdekatan dengan rumah orkid memanjat terus bermula dari pagar rumah saya hingga sekarang sampai mencecah bumbung tempat teduhan kolam ikan rumah sebelah. Jiran saya minta agar orkid yang naik sehingga ke pagar rumahnya itu jangan dipotong sebaliknya ingin sengaja membiarkan orkid itu terus meninggi untuk tujuan meredupkan kolam ikan beliau. Cantik bila dipandang dari dua-dua side samada dari rumah saya atau rumah beliau... :)


15.3.09

Orkid kampung lagi



Orkid ini kalau tak silap saya termasuk yang Pak Ngah (seorang pakcik yang tinggal berdekatan dengan rumah lama saya) kasi. Cutting pokok orkid yang dapat dulu bukan hanya dari 1 jenis je malah ada 3, 4 jenis orkid kampung. Salah satu daripadanya termasuklah yang ini...

Akarnya banyak dan kelihatan berserabut. Untuk nampak lebih kemas, saya kumpulkan ia dalam satu pasu besar pada mulanya. Bila sekali bloom serentak, kelihatan cantik bunganya bagaikan kupu-kupu hinggap di rimbunan orkid.

Sepertimana orkid2 kampung yang lain, yang ini juga dah berjalan entah ke mana-mana. Saya selalu potong cuttingnya buat kawan2 sebagai tanda-mata. Yang asal dari satu pasu besar tadi, saya dah split kan ia ke beberapa pasu lain. Ada yang saya susunkan pasunya di atas tembok antara rumah saya dengan kiri-kanan jiran. Kemudiannya ada juga yang di susun di sepanjang pagar anjung belakang rumah. Orkid kampung ini amat serasi dengan kepanasan terik matahari. Jadi nampaknya sesuai sangatlah kedudukannya di port port tersebut.


22.1.09

Orkid yang nampak suci





Hehe... bunyi tajuknya lawak la sikit. Yang benornya orkid ni kitaorang gelar orkid liar je. Orkid ini banyak tumbuh di batang pokok kelapa dan dahan pokok besar kat tepi2 jalan. Nak jadi cerita asalnya pokok orkid ni kitaorang dapat kat tengah2 bandar Tg Malim. Mungkin ada yang rasa pelik, tapi itu lah realitinya.

Satu petang tu lepas singgah minum kat Dataran Selera di sana, masa nak masuk kereta tiba-tiba nampak satu rumpun orkid liar kat tepi bonet. "Alamak! rezeki jatuh dari langit!", kata suami saya... hehehe. Rupa2nya rumpunan orkid itu jatuh dari pokok besar tempat kami parkir kereta di bawahnya. So, apa lagi angkut balik la...hehehe

Walaupun ianya hanya orkid liar yang tumbuh merata-rata, namun seronoknya sekali ia berbunga satu laman berbau wangi. Baunya amat kuat menusuk kalbu. Warnanya pula putih bersih yang nampak suci gitu....


11.1.09

Orkid cinta bersemi


Saya pandai2 namakan sendiri orkid ini sebab sukakan imejnya yang nampak utuh dan menyerlah bagaikan cinta bersemi..hehehe..*jiwang sikit nama, tau takpe.. :)*

Nanti lah bila2 nak surf internet cari dalam Wikipedia apa nama saintifiknya. Orkid ini sepertimana spesis2 seperti vanda dan orkid kampung, ia juga tahan pada teriknya matahari. Tidak ada sebarang lindungan yang menaungi. Pokoknya pula tahan lasak dan tak mudah melatah biarpun terdedah pada serangan serangga perosak dan lain-lain.


9.1.09

Sembang-sembang pasal orkid

Setiapkali menyusuri jalan Sg.Choh - Rawang, mata saya sering terpaku melihat satu gerai di tepi jalan yang menjual berbagai spesis orkid. Cantiknya...nanti lah bila2, nak singgah tengok. Mana tau ada yang berkenan di hati. Kalau kena dengan harganya boleh lah beli mana2 yang rare atau jarang ditemui. Sudah lama sebenarnya saya tidak membeli orkid. Semangat membelinya dah kurang sebab tumpuan saya sekarang hanya menjaga dan merawat mana-mana orkid yang dah ada saja. Itu pun ada yang mati disebabkan macam-macam sebab termasuklah ancaman dari serangga perosak, kulat dan juga siput. Kadang terlebih air pun ya juga. Yang lebih parah lagi sebab terlebih baja...hehehe...

Weekend ni dah plan dengan suami nak buat macam2 benda di luar sana. Suami saya nak mesin rumput, meracun rumpai dan membaja pokok2 buahnya. Manakala saya pula nak rawat kaktus dan orkid, yang ada di antaranya sudah hilang seri dan tidak bermaya. Sesetengah darinya kena overhaul balik, tukar arang dan batu-bata yang baru. Dalam proses membaik-pulih ini kena berhati-hati dengan kehadiran kutu2 tanah dan juga lipan yang banyak menyorok dalam akar2 orkid.

Kerja2 itu sebenarnya saya nak sambung buat yang dari minggu lepas lagi. Hari tu sempat trim semua orkid2 kampung yang saya tanam di tepi pagar antara rumah saya dengan rumah Pak Nor(jiran sebelah kiri). Tempat itu memang strategik untuk orkid kampung yang memang serasi dengan panas terik matahari. Orkid kampung ini salasilahnya, Pak Ngah yang tinggal berdekatan dengan sekolah agama Kerling yang bagi. Ingat lagi waktu itu saya mula jadi risau bila tengok Pak Ngah dan Mak Ngah tak boleh brek potong cutting orkid untuk saya. Terkedu dibuatnya bila melihat timbunan orkid yang siap untuk diisi ke dalam bonet kereta...hehehe.

Terimakasih wahai Pak Ngah suami isteri... budimu dikenang
. Tips dari Pak Ngah, orkid2 ini hanya cukup dibajai dengan air basuhan ikan (yang diperam selama beberapa hari) dan juga air basuhan beras sahaja. Tak perlu di simbah dengan baja kimia atau lain2 baja yang kita khususkan untuk membaja orkid dari famili hybrid.