CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label anosmum. Show all posts
Showing posts with label anosmum. Show all posts

19.3.25

Anosmum Kembali Menyeri

Alhamdulillah tiba² je teringat Seri Orkid. Terjah ke sini jap tengok²... Aduhh lama betul tak ke mari.  Pokok² orkid ada je yang berbunga bawah rumah orkid, tapi tu lah.. macam dah tak teringat nak update blog orkid saya ni...huuu

Makanya hari ni nak post gambar Anosmum saya yang kembali menyeri bawah rumah orkid. Duduknya di ambang pintu rumah orkid, sangat cantik dan berseri menyambut teramu.




Moga ada lagi yang menyusul selepas ini...


19.4.19

Anosmum Kembali Bertamu

Anosmum ni satu ketika dulu rajin berbunga. Tapi musim rajin berbunga itu malangnya telah lama berlalu...hu hu...


Disebabkan kena survive sendiri tanpa sokongan padu tuannya, makanya zaman2 ni kekerapan berbunga pun agak jarang-jarang lah..he he...

Okay takpe..i'm okay..dah kembali bertamu ni pun i dah cukup hepi🤭🤭

Alhamdulillah🍀

8.4.11

Semangat Orkid

Alhamdulillah kembali bersiaran.. Selepas dibaik-pulih, pokok-pokok orkid nampaknya kembali bermaya.. pasu2 bertukar tempat... arang lama berganti....  Dah berhenti pakai baja kerang buat sementara. Sekarang beralih sepenuhnya guna baja bergaram yang dibancuh air.

Sekarang tengah musim anosmum... cantik dan wangi... 




26.5.10

Musim Cattleya le pulak...

Dua tiga menjak ni Cattleya asyik posing je bawah rumah okid. Ditambah dengan sifat fizikalnya yang berbunga besar, itu yang nampak meriah je rumah okid bila tengok dari kejauhan.

Betul lah agaknya musim Cattleya, sebab dekat rumah sebelah pun Cattleya kaler oren tengah kembang. Boleh tahan gak cantik, kelopak bunga dia keras dan ada iras2 cattleya saya yang ini....

Kekadang pagi2 sempat lah saya berbual jap dengan helper jiran sebelah, citer2 pasal okid. Saya tegur okid yang bloom kat laman sana, yanti pulak tegur mana2 okid yang kembang kat laman sebelah sini... hehe

"Woahhh banyak okid akak kaler cam2 gini kan.... purple purple gitu...bunga dia besarnyerrr .....cantik!", kata yanti bila saya tunjukkan dalam jarak dekat mana2 Cattleya yang tengah kembang tuh *showing-off le konon...ish ish...*



C
attleya besar ini berbunga lagi....baru je habis 4 kuntum hari tu, baru2 ni keluar lagi buds baru dari pokok yang sama.... hasilnya kali ni ada dua kuntum :)

terlebih suka dekat yang ini, kita zoomkan sikit... :)
 Ini pula anosmum yang tinggal hujung2 musim... lepas habis je bunga ni, maka habislah sudah anosmum untuk musim kali ini.... kena tunggu next delivery pulak....InsyaAllah

29.3.10

Anosmum semua pakat2 keluar





Anosmum dah makin membiak, dah makin beranak pinak dah...
Kalau dulu pernah ada tajuk pasal anosmum ni iaitu 'Anosmum Kembang Serentak Dari 3 Rumpun' maka kali ini... ah hah... kembang dari lebih banyak rumpun.... ada yang keluar dalam gugusan yang banyak, ada juga yang hanya mampu produce 3 hingga 5 kuntum je... Tapi sebab keluar sekaligus semua makanya nampak meriahhhh sangat pemandangan...hehe

Sepanjang minggu ini laman orkid berbau wangi je lah.... lebih2 lagi time pagi2 tuh, lagi la bau menusuk hidung.... harum semerbak....
Kakak tadi sebelum masuk keta masa saya nak hantar untuk ke tempat keje, sempat singgah letak hidungnya dekat segugus anosmum yang merambu keluar betul2 di pintu rumah orkid.

"....mmmm.... wanginya Ma...."

Saya pun apalagi.... senyummmm je lah sampai ke pipi.... seronokkkk rasa bila tengok jambak2 anosmum sume-sume tu pakat menyeri dan mewangi kat laman... Alhamdulillah syukur..... :))


19.6.09

Anosmum beranak lagi



Tajuk bunyi macam emergency la sikit.... ;D Takpe lah ya, sebenarnya takde cemas apa2 pun... Saja nak applykan perkataan tu dekat orkid anosmum saya tu....hehe

Sebabnya... bila berada di laman, pusing kiri, pusing kanan nampak semua rumpun Anosmum tengah keluar pokok2 baru. *Yang tak renti berbunga selama ini semua dah jadi tua tangkai2nya. Ruas-ruas tempat keluar bunga dari tangkai tersebut dah tak boleh nak produce lagi. Semua dah mengecut dan mengering*

Once, perlahan-lahan semua pakat keluar pucuk baru. Cantik dan subur sekali. Anosmum ini saya perasan suburnya lain macam. Pertumbuhannya juga laju. Rasanya elok kalau saya kongsi info ini dengan rerakan semua. Saya rasa sebab yang pasti ialah... kerana saya sering siram anosmum dengan air yang lepas basuh ikan dan beras.

Rasanya itu je sebabnya. Tu yang buat daunnya hijau berkilat-kilat dan bersaiz agak besar. Seronok tengok.

Tapi kaedah ini hanya untuk Anosmum dan Vanda/Mokara sahaja. Tak berani siram pada pokok orkid lain, takut over-dose. Pernah dulu saya cuba siram kat orkid butterfly....huuu...habis KO...hehe... Anosmum dan vanda sejak dulu boleh terima, jadi hanya pokoknya sahajalah yang tersenarai untuk dapat zat tambahan ini.... :D

26.4.09

Anosmum di dalam pasu

Kalau dalam entri sebelum ini saya memperlihatkan gambar orkid anosmum yang melekat di kayu, kali ini dimuatkan gambar anosmum dalam pasu pula.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ada beberapa perbezaan corak pertumbuhan antara kedua-duanya termasuklah:


Bagi orkid di dalam pasu....
  • senang untuk ditabur baja2 yang selain dari baja semburan. Ini termasuklah baja organik kambing, nugget kelawar dan membaja menggunakan kerang. Kesemua baja ini tetap berada di tempatnya dan menyuburkan pokok secara perlahan2.
  • pokok orkid mendapat supplement tambahan dari manafaat medium arang dan batu-bata di dalam pasu.
  • pasu2 senang nak dialih-alihkan dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut kesesuaian.
  • senang untuk diselenggarakan dari masa ke semasa... contohnya senang untuk menukar arang dan batu-bata yang baru bila yang asalnya dah hancur/lama sangat.

Manakala bagi orkid yang hanya dilekatkan di kayu....

  • memerlukan effort yang lebih melalui penyiraman baja yang berkala untuk pastikan pokoknya subur dan mampu produce bunga.
  • bukan semua tempat sesuai untuk digantungkan orkid di keratan kayu.
  • sesetengah kayu mudah reput dan kena di over-haul balik yang pastinya menggugat pertumbuhan orkid yang tengah hidup subur.

Itu le serba sedikit info penanaman orkid yang menggunakan ke dua-dua medium ini.

Walau apa2 pun, orkid yang melekat di kayu
tetap menjadi pujaan hatiku....hehehe

kerana yang berseni itu sentiasa saja
kelihatan indah di mataku... :)

23.4.09

Anosmum yang melekat di kayu

Teringat waktu saya kutip batu2 sungai tempohari, dalam masa tangan duk sibuk mencari2 batu yang terendam tu, terjumpa le sama kayu2 yang begitu unik bentuknya dalam sungai tu. Sekali bila diangkat... woahhh.... cantik sangat kayunya. Warna dah jadi hitam dek lama terendam dalam air. Pun begitu bila dibelek-belek, struktur kayunya masih tetap utuh dan keras.

Buktinya, bila tiba masa saya nak menggergaji kayu tersebut untuk dibahagikan kepada beberapa keratan, tersangatlah kerasnya. Walau diasah mata gergajinya beberapa kali namun, kayu itu masih tetap terasa susahnya untuk dipotong.

Sebab itulah sehingga kini orkid yang saya tampalkan di kayu-kayu tersebut masih tidak kelihatan tergugat kesuburannya. Tiada tanda2 kayu dimakan anai-anai atau bubuk. Dapat dilihat akar2 orkid mencengkam kuat liang2 dan lubang yang terdapat pada kayu. Sewaktu melekatkannya dulu saya tidak menambah sebarang medium tambahan pun untuk membantu orkid2 tersebut hidup subur. Hanya bergantung pada medium kayu asalnya sahaja.... "Pandai-pandai le ko bawak diri ya", itu sajalah pesanan penaja.... :)


Alhamdulillah.... subur pulak bila disiram dengan baja bancuhan sekali sekala....

3.3.09

Anosmum kembang serentak dari 3 rumpun




Alahai cantiknya Anosmum... Kebetulan kali ini berbunga serentak dari 3 rumpun. Dua darinya di bawah rumah orkid dan satu lagi yang saya lekatkan rumpunannya di dahan pokok bunga kertas bersebelah pergola.

Nak jadi cerita, masa ke Taman Orkid KL sabtu lalu(tak sangka pula anak saya dan suami ada bercerita pasal trip tu dalam blog masing2 ; ini blog kakak dan ni pula blog papa .....hehe) saya dikejutkan dengan harga Anosmum ini yang pokoknya kecik je tapi berharga RM35. Ada yang dah matang dan dah ready untuk produce bunga tapi ada 2 tangkai je batangnya malah daun pula tak berapa nak ada, pun dijual dengan harga yang sama. Nak pitam rasa. Mungkin sebab saya tak berapa ikut sangat harga pasaran orkid sekarang ni. Dah lama tak ke sana, tak tau perkembangan...hehehe..

Dapat pula berkenalan dengan seorang pemasar orkid yang bertapak di salah satu gerai kat situ. Menurut Ina, beliau berulang-alik dari Seremban via komuter untuk ke gerai orkidnya setiap hari. Suami pula jaga nurseri mereka yang based kat Seremban. Ina siap bagi address web-site nya untuk saya surf nanti. Kalau nak jengok sama silalah klik di sini.

Bagi saya anosmum tu mahal sangat agaknya sebab kat rumah kami dah kira over-flow Anosmum ni. Dah beranak pinak walhal dalam masa yang sama dah banyak distribute kat kawan2. Emp... kadang rasa hairan pun ada camane la ada orang sanggup beli pokok2 orkid yang jenis 'species' yang rega mahal2 ni. Atau pun... saya yang tak tau menilai keunikan orkid jenis ini. Memang le yang saya nampak kat sana, pokoknya lesu je tanpa bunga dan lagi pokoknya nampak macam tak berapa nak hidup je.... tapi harga...perhhh!! Hanya peminat orkid jenis 'species' itu saja yang tahu menilai dan menghargainya... Selera masing2 dan poket pun masing2...hehehe