CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label baja. Show all posts
Showing posts with label baja. Show all posts

1.1.26

Sempena 1Januari 2026

Assalamualaikum


Membuka lembaran di tahun baru hari ini bersamaan dengan 11Rejab 1447H..alhamdulillah

Ada yang menguntum senyum di bawah rumah orkid. Lawa sangat🫶


Ni masa  hari tu belum kembang semua.. tiap hari pergi check😁








31.8.21

Baja Osmocote Untuk Orkid

Nak kisahkan pasal baja untuk posting  kali ini. Saya pernah ada orang rekemen untuk guna sejenis baja untuk pokok keladi. So dah pakai lah untuk keladi. Baru² ini terbaca di internet, baja yang saya guna tu rupanya nama Osmocote, dikatakan elok juga untuk orkid... wallahu'alam. Hah, saya pun terus pusing² cari kat Shoppe survey. Ada yang offer nak jual rm35/kg, ada yang jual rm30/kg. Tapi berkat pusing², jumpa yang harga rm25/kg. Tapi tu lah, lepas dah setel oder dan bayar online baru ternampak kedai yang jual lagi murah rm19/kg...ish ish... takpe la dah selamat oder dah pun...rm25 × 2kg😓🤗

Gambar screenshot dari shoppe

Alhamdulillah delivery sangat pantas, semalam oder hari ni dah sampai.. tq tq seller... jazakallah.


So dah tabur dalam semua pasu orkid. Kita tunggu lah nak tengok hasilnya nanti macamana. Harap tak beri mudharat. Moga pokok keladi dan orkid dapat terima baja ni seadanya dan pokoknya makin cantik dan sihat inshaaAllah.


Btw...ni butterfly baru kembang beberapa hari lepas. Hanya tinggal 2 kuntum untuk tuannya dapat tengok...dek serangan serangga/siput barangkali..



4.1.09

Bagaimana saya membaja orkid?


Saya telah cuba beberapa cara dalam membaja orkid di rumah. Tidaklah hanya terhad kepada baja semburan kimia dari bancuhan air dengan bahan semacam garam(biasanya hijau dan merah jambu) sahaja. Kadang-kala saya letakkan baja organik tahi kambing selang-selikan dengan nugget buangan kelawar ke dalam pasu-pasu orkid setiap sebulan/2 bulan sekali.

Semasa berjiran dengan Ain dari Johor dulu, beliau berkongsi tips dari emak saudaranya di kampung yang membaja orkid menggunakan kerang. Saya pun apa lagi, terus buat eksperimen orkid dengan kerang pula. Hasilnya orkid jadi makin subur tapi kenalah tahan baunya selama beberapa hari selepas diletak baja kerang.

Terbaru, jiran sebelah rumah syorkan membaja dengan semburan dari cecair HB-101 yang hanya perlu dicampur air dengan nisbah 1 : 100 (10ml baja dengan 1 liter air). Kelebihan selepas menggunakan kaedah terbaru ini:
  • warna bunga jadi lebih terang dan kembang mekar
  • masalah serangga dapat dikurangkan
  • kesegaran bunga bertahan lebih lama
  • saiz bunga nampak lebih besar