CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

31.8.21

Baja Osmocote Untuk Orkid

Nak kisahkan pasal baja untuk posting  kali ini. Saya pernah ada orang rekemen untuk guna sejenis baja untuk pokok keladi. So dah pakai lah untuk keladi. Baru² ini terbaca di internet, baja yang saya guna tu rupanya nama Osmocote, dikatakan elok juga untuk orkid... wallahu'alam. Hah, saya pun terus pusing² cari kat Shoppe survey. Ada yang offer nak jual rm35/kg, ada yang jual rm30/kg. Tapi berkat pusing², jumpa yang harga rm25/kg. Tapi tu lah, lepas dah setel oder dan bayar online baru ternampak kedai yang jual lagi murah rm19/kg...ish ish... takpe la dah selamat oder dah pun...rm25 × 2kg😓🤗

Gambar screenshot dari shoppe

Alhamdulillah delivery sangat pantas, semalam oder hari ni dah sampai.. tq tq seller... jazakallah.


So dah tabur dalam semua pasu orkid. Kita tunggu lah nak tengok hasilnya nanti macamana. Harap tak beri mudharat. Moga pokok keladi dan orkid dapat terima baja ni seadanya dan pokoknya makin cantik dan sihat inshaaAllah.


Btw...ni butterfly baru kembang beberapa hari lepas. Hanya tinggal 2 kuntum untuk tuannya dapat tengok...dek serangan serangga/siput barangkali..



25.7.21

Cattleya Jingga

Alhamdulillah orkid cattleya berwarna Oren atau Jingga ini tiba² muncul, menyemarakkan lagi kemeriahan warna bawah rumah orkid. Duduk sebelah² dengan dua pokok orkid butterfly berwarna purple, maka makin menambah ceria suasana...alhamdulillah💛






Orkid Butterfly Yang Seiras

Assalamualaikum. Lama tak bersua...sihat ya semua...alhamdulillah.


Lama orkid tak posing dalam ni. Okay la, nak citer.. Ada dua pokok orkid butterfly keluar bunga dalam selang dua hari, kaler dan wajah nampak seiras macam kembar gitu🤔😅


Nampak macam sama tapi yang pasti tak serupa. Cuba tengok....


...yang ini


....dan yang ini


Cantik sangat kan... Alhamdulillah.

Kalu tengok sekilas memang nampak macam sama tapi bila tengok lama sikit memang jelas, lain.








12.5.20

Orkid Vanda Warna Pastel

Tetiba ada stori dekat galeri pasal Vanda kaler pastel hari tu. Jom tengok...

Alhamdulillah.. Indahnya orkidku...

10.4.20

Membaja Orkid

Alhamdulillah pagi ni teringat nak membaja orkid. Dah dua kali pakai baja spray  ready-made yang beli kat Sg Buloh tempohari. Nampak perubahan pada pokok2 orkid lepas di-sembur baja tu. Alhamdulillah syukur, Allah suburkan balik pokok orkidku. Kalau sebelum ini ada yang nampak tak brapa nak bermaya, hah sekarang semua pakat2 tegap berdiri dengan ada banyaknya keluar akar2 baru dan yang lebih menggembirakan, bila keluarnya pucuk2 baru..yess!!

So pagi ni..again..'Happy Membaja Orkid' la saya..
Alhamdulillah🌾🌿







15.3.20

Beli Orkid Baru di Sg Buloh


"Kak, ada kawan hadiah kat akak ke orkid tu?", tanya seorang sahabat dalam wasap selepas saya post gambar 'orkid yang  baru beli' dekat status wasap. Sajer post, nak share rasa gumbira😂

Bila di tanya begitu.,terkelu sekejap..hahaha

Ohhh 🤔🤔

"ermm.. orkid biasa nya takde orang hadiah, kena beli sendiri.. hi hi", reply saya. Jawapan saya tu berdasarkan pengalaman.

Orkid ni awal2  saya admire  nak bela dulu (20 tahun lalu) memang la saya pun ingat dia sama dengan pokok2 bunga lain. Ingat boleh la bila kita pergi rumah kawan, kita boleh senang2 mintak dia kerat kasi kita bila berkenan yang mana2.  Tapi bila dah terjebak sendiri dalam penanaman orkid ni, baru "sendiri mau ingat" bukan mudah untuk kerat bagi 'anak orkid ' mahupun cutting pada orang lain. Nak tunggu keluar satu2 cutting baru, pun berzaman, takkan la kita mudah2 nak kerat pulak bagi orang.. hahaha
Kecuali orkid kampung yang banyak dan senang membiak, yang itu tak jadi masalah nak bagi cuttimg. Anosmum pun boleh juga nak kasi2 kawan sebab dia banyak beranak-ranak. 

Okay jom kita tengok orkid butterfly yang baru beli semalam tu. Beli tiga pasu total rm105 selepas adanya sesi tawar-menawar😁😁



Pagi tadi saya susun gitu2 je (temporari) bawah rumah orkid. Nanti bila dah tukar pasu baru lah nanti boleh di gantung.










14.3.20

Orkid Butterfly Yang Cantik Menarik

Orkid Butterfly macam berlumba2 pakat keluar. Hah ni yang beli hari tu, tup2 keluar bunga lagi. Tampil cantik menarik dalam warna pink ke-ungu-an... Alhamdulillah tak jemu mata memandang💗





Balik dari Cambodia dan Vietnam, saya snap lagi picture... Makin banyak kuntumannya..











Dan ini pula yang snap baru2 ini... Final