CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label vanda. Show all posts
Showing posts with label vanda. Show all posts

12.5.20

Orkid Vanda Warna Pastel

Tetiba ada stori dekat galeri pasal Vanda kaler pastel hari tu. Jom tengok...

Alhamdulillah.. Indahnya orkidku...

29.2.20

Vanda Pastel Yang Tak Jemu Di Pandang

Nak up lagi pesona vanda pastel yang sweet sangat ni...











21.2.20

Orkid Vanda Pastel Pula Menyusul

Dirakamkan lagi orkid butterfly kuning yang mekar di bawah rumah orkid. .Alhamdulillah... Orkid yang oren hari tu pun ada lagi time tu... Semua tahan lama bunganya.
👍

Menyusul pula selepas itu Vanda kaler pastel  yang sungguh mengasyikkan. Cantik sungguh. Semua yang melihat pasti terpesona, pasti tertawan.

















10.1.11

Vanda keluar serentak dari dua pasu

Vanda oren yang bersaiz besar dan berkelopak keras tu kali ini keluar serentak dari 2 pokok yang berasingan... satu dari pasu yang dekat tiang pergola manakala satu lagi dekat pintu masuk ke rumah orkid.  Tampil dengan imej bergaya yang nampak gah... ada kellas u... :)

Mari kita tengok...

Sekian, Wassalam.

8.11.10

Vanda kaler oren yang evergreen

Alhamdulillah... kembang jugak akhirnya vanda besar yang kaler oren nih.  Dah lama duk senyap kat bucu pergola tuh... rupanya dalam diam2 nak juga dia keluar lagi... 5 kuntum pulak tu kali ni...alhamdulillah

"Payah dah nak jumpa vanda yang evergreen ni dekat nurseri skarang...", 

.....teringat kata2 seorang rakan sewaktu membelek2 vanda tersebut masa kali terakhir kembangnya dulu.  Mungkin ada benarnya kata2 beliau sebab masa saya singgah kat mana2 nurseri cari baja, tak pernah pula terserempak dengan vanda yang satu ini.  Banyak vanda yang kaler oren tapi bentuk lain dan saiz pun kebanyakan kecik2 je.  

Pokoknya dulu merupakan pemberian kawan saya semasa kami masih tinggal di rumah lama.  Walaupun dah hampir 10 tahun, alhamdulillah pokoknya nampak masih bertahan subur...  :))

11.10.10

Orkid vanda menghiasi telefon bimbit

Vanda ini saya jadikan wall-paper di telefon bimbit. Dah melekat di skrin telefon sejak sekian lama. Biarpun kerap berbunga, asyik ada je kat laman tu namun saya tak jemu2 nak publish citer pasal dia dekat Seri Orkid.  Pokoknya boleh tahan subur, tak berenti bekerja.... kadang keluar setangkai, kadang keluar dua tangkai orkid sekali gus.  Setiap tangkai muat 13 - 15 kuntum orkid.  Cantik, berwajah oren yang sangat pekat dan terang, kelopak bunga keras dan bunganya pulak lama kekal bertahan menghiasi laman...alhamdulillah... :)

8.10.10

Vanda maroon pulak kali ni....

Ishh citer vanda manjang..... okid2 lain ada yang berbunga....tunggu turn tuan dia nak publish gambar.... :))

Vanda yang ini, alhamdulillah asyik adaaaa je..... tak renti2 keluar. Habis je bunga, keluar putik2 bunga baru. Kadang naik kesian pulak dekat pokoknya .

Tangkai pokok dah panjang melepasi bumbung rumah orkid, jadi saya pautkan kasik rendah sikit. Ikat2 dengan dawai nak bagi sama paras sikit dengan mata yang memandang....kena dongak sikit je la... bila dah gitu, puas la sikit tengok bunganya yang cantik... :)

Orkid kaler oren yang kecil molek


Tak pasti vanda ke jenis apa orkid yang satu ini.  Vanda kot....

Comel je bunganya, kecik molek gayanya.... kaler pulak, oren yang cerah gitu.... 

Jadi walaupun saiz bunganya kecik gler berbanding saiz mokara yang kembang kat atas dia tuh, namun ianya tetap kekal menyerlah  :)