CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label coelogyne rochussenii. Show all posts
Showing posts with label coelogyne rochussenii. Show all posts

22.12.09

Coelogyne Rochussenii Pusingan ke 2




Orite...hari ni kembang sepenuhnya okid yang memakai nama coelogyne Rochussenii ni bagi pusingan ke 2.... yes!! keluar lagi 2nd round!!

Baru je beberapa minggu lepas selamat publish gambar okid ni bila ianya berambu-rambu pakat keluar dari dua tiga pasu. Fuhhh....miracle bagi saya, apabila tiba2 keluar lagi tangkai2 bunga baru dari pasu-pasu yang sama.... Barangkali yang keluar hari tu, belum lawas betul... itu yang belum pun sempat okid dari tangkai2 tu gugur semua, keluar lagi tangkai baru....tak kurang lebat macam yang mula2 jugak.... mmmm....hepiiii sangat rasa.... suka sangat saya dengan keharumannya yang menusuk hidung tuh....wangiiiii :)

Jom kita cuci2 mata tengok dari mula...bermula dari kuncupnya yang belum kembang sampai le kembang....


i....

ii...

iii....

Pasni rasa2nya takde kluar yang 3rd round kot....agak agak la kan... heheh


2.11.09

Coelogyne Rochussenii


O
hhh bukan main susah nak sebut nama okid yang satu ni... Tak berapa reti saya nak sebut....hehe....nak bagi senang saya selalunya panggil dengan gelaran 'orkid yang macam tirai' je.... :)

Sama seperti cattleya dalam posting sebelum ini, okid ini juga makan hampir setahun baru nak keluar balik *sila klik di SINI untuk melihat posting yang lalu* Kiranya setahun sekali lah baru boleh tengok bunganya mewarnai laman. Cantik mengirai-ngirai, keluar berjuntai-juntai dari tiga pasu.

Yang dua pasu tu memang banyak tangkai lah keluar... hampir penuh mengelilingi pasu...


.... sebaliknya yang satu pasu lagi hanya mampu produce 1 tangkai je....tak cukup zat barangkali....hihi

Ada satu pasu lagi belen *nampak cam subur dan daun pun besar2*....tapi yang tu taknak pulak ikut berbunga sekali. Belum waktunya lagi la tu.... :)

Okid yang bernama
Coelogyne Rochussenii ni.... cantik dan berbau wangi.....kuat sekali baunya....tapi bunganya tak lah tahan lama sangat....tidak seperti lamanya tahan okid butterfly atau pun okid cattleya yang sekali berbunga tahan berminggu-minggu malah ada yang hampir 2 bulan tahan bunganya....

Apa2 pun okid yang begitu unik bagi saya ini tersangat lah cantik dan ikut sama menyumbang seri kan laman kami....alhamdulillah.... :)


3.1.09

Orkid kesayangan yang unik




Ada satu spesis orkid yang jadi salah-satu kesayangan saya iaitu yang memakai nama Coelogyne Rochussenii. Saya sendiri takde lah nak sebut nama tu bila kawan2 tanya. Tak pandai nak sebut dan tak ingat pun. Jadi hanya menggelarnya dengan gelaran yang direka sendiri...hahaha.. Istimewanya kejadian bunganya sangat unik ala-ala tirai gitu... Satu lagi kelebihannya, ia mengeluarkan bau yang harum dan begitu menusuk hidung.