CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label oncidium. Show all posts
Showing posts with label oncidium. Show all posts

30.6.10

Golden Shower tolong ceriakan....





Dua tiga menjak ni, bila lalu bawah rumah okid, dapat appreciate daunnn je...sedey nya... okid sume pakat2 duk diam takde keluar bunga sangat.... kecuali lah yang regular2 tuh macam cattleya purple dan dua tiga jenis vanda.

Yang paling buat terkilan, bila tiapkali pandang sume pasu okid butterfly.... tak tau kenapa dah lama benar merajuk tak nak kluar bunga. Daun dia OK, lepas satu... satu... keluar daun baru tapi berbunganya yang tak mahu. Itu yang saya tukar boh gambar okid butterfly pulak dekat pintu masuk blog Seri Orkid... kita seru2 sikit... hehehe


...maybe
sebab selama hari ni saya asyik duk highlightkan citer pasal cattleya je, makanya cattleya lah yang sudahnya tak jemu2 keluar buds baru.

Sebagai pengubatnya... oncidium yang cantik ini tolong ceriakan sikit suasana hijauuu bawah rumah okid tu...hehe...


Berseri la sikit nampak... Special sikit oncidium ni sebab yang kluar ni jenis bunga besar dan bertangkai panjang.... bukan yang kecik2 biasa tu...
tapi apa2 pun semua jenis yang macam gini saya pukul rata panggil dengan gelaran Golden Shower jeh.... :)


***pssttt.... jemput tengok slide okid butterfly yang dulunya sentiasa mewarnai laman kami. Ceritanya boleh tengok dekat label Phalaenopsis.. :)

7.2.09

Golden Shower







Sementara menanti van sekolah tiba semalam, saya ambik peluang tengok mana2 orkid yang tengah berbunga sekarang ni. Sambil layan Shilah berbual, tangan sibuk membelek2 orkid. Begitu lah selalunya. Masa 15 minit di bawah pergola itu bagaikan rutin harian yang begitu berharga bersama anaknda...hehe

Maka, terpandanglah Golden Shower dalam famili Oncidium yang ceria dengan warna kuningnya itu. Golden Shower ini rasa saya semua penggemar orkid memilikinya. Ia spesis yang easy-to-grow malah berbunganya pun tak kira masa dengan lain perkataan… ikut suka dia je…hehe.. Kat rumah kami ada 2 saiz orkid jenis ini. Kedua-duanya kawan2 lama kasi FOC. Tentunya ia mempunyai nama saintifik yang berbeza walaupun dua-dua nampak sama tapi satu besar satu kecil.

Dengan adanya Golden Shower ini, taman orkid tampak lebih berseri-seri bilamana ianya menambah warna bila berada dalam kelompok orkid2 lain yang sedang berbunga. Cantik, menceriakan dan memeriahkan suasana… begitulah yang boleh diertikan fungsinya *kesimpulan sendiri yang ori…hehe....*