Belek² galeri album, tengok banyak snapshot bunga² orkid bawah rumah orkid yang di capture. Semua keluar tak sama masa maksudnya bukan keluar sekali sama². Untuk kenang- kenangan, di abadikan di Seri Orkid untuk buat cuci² mata. Subhanallah..cantik² semua♡
31.7.26
28.2.26
Orkid di 10 Ramadhan 1447
Pagi² tadi semasa menyiram, tiba² ternampak di balik dedaun pisang...Taraaaaa....orkid yang rajin berbunga, jenis dendrobium ini keluar lagi bunganya. Subhanallah.. Cantik dan tak jemu di pandang🫶
Butterfly putih pula dah tinggal sekuntum...huuuu
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Selamat beramal.
Posted by fzi at 1:57 PM 0 comments
Labels: dendrobium
3.2.26
Butterfly Putih
Sesuci rama-rama bewarna putih. Begitu ibaratnya orkid butterfly yang mewarnai bawah rumah orkid kala ini. Tinggal sekuntum baru teringat nak take picture...huuu
Dalam cahaya senja dah nak Maghrib tadi terambik snapshot orkid yang tinggal sekuntum ini. Nice sangat weh! Ku rasa ada taman dalam hati di petang hari 15 Syaaban 1447H ini. Moga dirahmati Allah...Aamiin
Posted by fzi at 8:11 PM 0 comments
Labels: orkid butterfly, phalaenopsis
1.1.26
Sempena 1Januari 2026
Assalamualaikum
Membuka lembaran di tahun baru hari ini bersamaan dengan 11Rejab 1447H..alhamdulillah
Ada yang menguntum senyum di bawah rumah orkid. Lawa sangat🫶
Ni masa hari tu belum kembang semua.. tiap hari pergi check😁
Posted by fzi at 7:23 PM 0 comments
Labels: baja, phalaenopsis
19.3.25
Anosmum Kembali Menyeri
Alhamdulillah tiba² je teringat Seri Orkid. Terjah ke sini jap tengok²... Aduhh lama betul tak ke mari. Pokok² orkid ada je yang berbunga bawah rumah orkid, tapi tu lah.. macam dah tak teringat nak update blog orkid saya ni...huuu
Makanya hari ni nak post gambar Anosmum saya yang kembali menyeri bawah rumah orkid. Duduknya di ambang pintu rumah orkid, sangat cantik dan berseri menyambut teramu.
Moga ada lagi yang menyusul selepas ini...
Posted by fzi at 5:51 PM 0 comments
Labels: anosmum, rumah orkid
28.10.22
Vanda Mimi Palmer Kembali Berbunga
Tiba² je masa menyiram, ternampak kelibat bunga orkid. Weyy....ada yang berbunga rupanya..
Posted by fzi at 4:11 PM 0 comments
Labels: vanda mimi palmer
31.8.21
Baja Osmocote Untuk Orkid
Nak kisahkan pasal baja untuk posting kali ini. Saya pernah ada orang rekemen untuk guna sejenis baja untuk pokok keladi. So dah pakai lah untuk keladi. Baru² ini terbaca di internet, baja yang saya guna tu rupanya nama Osmocote, dikatakan elok juga untuk orkid... wallahu'alam. Hah, saya pun terus pusing² cari kat Shoppe survey. Ada yang offer nak jual rm35/kg, ada yang jual rm30/kg. Tapi berkat pusing², jumpa yang harga rm25/kg. Tapi tu lah, lepas dah setel oder dan bayar online baru ternampak kedai yang jual lagi murah rm19/kg...ish ish... takpe la dah selamat oder dah pun...rm25 × 2kg😓🤗
![]() |
| Gambar screenshot dari shoppe |
Alhamdulillah delivery sangat pantas, semalam oder hari ni dah sampai.. tq tq seller... jazakallah.
So dah tabur dalam semua pasu orkid. Kita tunggu lah nak tengok hasilnya nanti macamana. Harap tak beri mudharat. Moga pokok keladi dan orkid dapat terima baja ni seadanya dan pokoknya makin cantik dan sihat inshaaAllah.
Btw...ni butterfly baru kembang beberapa hari lepas. Hanya tinggal 2 kuntum untuk tuannya dapat tengok...dek serangan serangga/siput barangkali..
Posted by fzi at 9:45 AM 0 comments
Labels: baja, phalaenopsis































