CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

12.3.10

Mini Cattleya Yang Jelita


Suratan atau kebetulan? Pk-pk mana ada kebetulan dalam dunia ini. Kiranya telah tersurat la... bahawasa nya Mini Cattleya yang kaler oren ceria tu akan dan telah bloom serentak dari dua pasu.... Subhanallah.... sukanya rasa :))

Warnanya yang ceria itu mengundang rasa 'hepi sokmo' bilamana kami sekeluarga duk ulang2 buat lalu-lintas melalui tepi rumah okid setiap pagi sampai lah ke malam. Keluar masuk rumahnya tak berenti.... lebih-lebih lagi saya, drebar sepenuh masa....huuuu...... itu yang bila tiap kali lalu memang tak miss lah bagi jelingan manja dekat mini cattleya yang nampak jelita tuh...hehe

Saya kira-kira ada 8 kuntum semua sekali. 2 kuntum kembang dari satu pasu yang duduk-letaknya agak tersorok di celahan lain-lain cattleya manakala dari pasu yang satu lagi berjaya terbit 6 kuntum kesemuanya. Alhamdulillah syukur..... :)


4 comments:

Shida said...

Cantiknya catt oren...saya belum ada yg betul² kaler oren ni rasanya...he..he..

fzi said...

Alhamdulillah... bagi akak memang cantik cattleya tu shida... kaler oren nya pekat dan menyerlah.. :)
thx shida

waliz said...

memang cantik tp sy punya okid jarang bebunga..akak pakai baja apa.and tahniah juga untuk anak akak yg bejaya dlm spm.

fzi said...

Waliz...
Timakasih atas ucapan buat anak akak tu... Alhamdulillah... moga Allah mudahkan perjalanan nya yang masih panjang selepas ini..aminnn

Sama macam waliz, okid akak pun ada yang tak mau keluar bunga even dah boh macam2 baja...hehe

Baja yang biasa akak pakai untuk okid:
-baja nugget (buangan kelawar)
-baja buangan kambing
-baja kimia warna-warni (spray/siram)
-baja kerang (beli kat pasar)
-air basuhan beras/ikan

Alhamdulillah baru2 ini helper jiran akak ada rekemen baja yang they all baru try guna iaitu 'Bio Green Plus'. Kata Yanti, hasilnya boleh tahan...okid yang selama ni liat nak berbunga akhirnya keluar bunga. Bunga pulak tu betul2 perfect, besar saiz dan banyak kuntumannya. Akak ingat nak cuba cari baja tu.. tukar2 supplement utk okid tu sume.. hehe