CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

6.4.10

Dendro Purple Pakat2 Keluar

Aduss....meriah nampak dendro yang kaler purple ni.... nampak penuh bunga di sudut tepi pergola tu dengan okid dendrobium purple yang sume pakat2 keluar tuh. Jenis okid yang satu ini walaupun saya dah split kan ke banyak pasu tapi saya letakkan pasu2nya duduk dalam satu kelompok je. Tak duk asing2...letak dalam linkungan kerabat2nya je.... hehe

Terkejut juga bila awal2 hari tu tengok banyak putik2 bunga keluar. Ohh suka nya rasa, dah berkira2 nak potong masuk dalam vas dan hias dalam rumah bila okid tu kembang nanti.

Tapi bila dah kembang semua, sayang pulak nak potong masuk vas. Suka tengok dia kembang banyak2 dalam sekelompok tu.... cantik, kembang dari semua penjuru mengelilingi satu tiang pergola tu.... duduknya menumpang bawah teduhan pergola dan pokok bunga kertas eskrim. Kemudian berjiran pula dengan Aerides dan Anosmum kat tepi2nya.