CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

27.2.10

Beli Okid Setahun Sekali

Amboi, bunyi dari tajuknya macam iya iya je.... dah lama berenti beli okid sebenarnya. Tapi tahun lepas selepas beberapa tahun bercuti dari membeli, terbeli jugak akhirnya. Citer okid yang latest beli hari tu di SINI... :)

Hari ini pula, dengan selamatnya beli sepokok 'Mini Cattleya' kat Tanjung Malim. Takde plan pun nak beli sna nya.... tiba-tiba je tadi.... hehe

Citernya macam ni....

Lepas drop kan kakak kat Kg Keliang untuk hadir di majlis kawin kawannya pukul 2.oo tadi, kami 4 beranak *saya, suami, abang dan shilah* meneruskan perjalanan ke Tg Malim. Memang semua suka dan excited untuk ke Tg tu sebab dah lama tak pegi. Jarak Keliang ke Tg hanya 5km. Jadi tak sampai 10 minit, kami ramai2 dah turun meronda kat rumah2 kedai yang berderet-deret panjang kat Tg tu.

"Woahhh.... pasar malam lah hari ni.... "

Tiba2 baru teringat rupanya ada pasar malam hari Sabtu kat Tg. Orite! Maka ke pasar malam pulak le kami *walaupun time pegi tadi masih awal, pasar malam dah ON dah sebab kat Tg pasar malamnya tutup awal sikit berbanding tempat lain*

Terus terserempak dengan pakcik jual okid yang dah biasa dengan kitaorang sejak dulu. Ohh sihat lagi rupanya pakcik...syukur la...Sempat lah saya citer2 pasal pokok lemon yang dah berbuah pada beliau. Yang pegi citer tu sebab anak pokok lemon tu dulu asalnya beli dari pakcik okid tu lah. Banyak anak pokok buah-buahan beli dari pakcik tu, masa awal2 kami bertanam pokok.

Sambil duk berbual tu, mata duk curi2 pandang tengok okid yang tersangat lah cantiknya di mata saya. Kaler maroon kombain pulak ngan kaler kuning kat tengah2nya. Very nice. Terus sangkut.... terpaksa le beli bila dah tersangkut hati tu... hehehe.... Harga, pakcik okid bagi special diskaun untuk saya.... Alhamdulillah.... :)

Jadi , selamat sudah beli okid untuk tahun ini. Nak habiskan tahun ni, panjang lagi tu masa. Harap2 tak terpikat nak beli lagi sebab quota untuk tahun ni nampaknya dah abis. Dah janji pada diri sendiri, "Beli okid setahun sekali je.... bela mana yang dah ada tu je...." Moga setia lah saya pada janji.... :D